Sunday, April 18, 2010

Siakap Tiga Rasa Dengan Epal

Menu makan tengahari semalam ni, rajin sikit ler sebab Najwa pun ada lg ni...Malam nnt dah nak balik ke Arau, huhuu....Actually resepi asal guna ikan kerapu, pegi memancing kat pasar semalam, tp siakap je yang ada masuk dalam jaring akak...hehee...Resepi dari ILUVISLAM.COM. Ada kelainan sebab menggunakan epal hijau tu...kalau dah masak macam ni...mmg licin la kat rumah akak ni...

SIAKAP TIGA RASA DENGAN EPAL

Bahan:-
  • 1 ekor ikan kerapu (anggaran 500 gm) - akak guna siakap - Ikan dibersihkan. (* Ikan digaul garam dan kunyit dan disalut dengan sedikit tepung jagung - Resepi asal x guna tepung jagung pun, ni cara akak goreng la yeaaaa, hehe)...Goreng terendam hingga garing. Angkat dan ketepikan. Letakkan dalam pinggan yg sesuai.
Bahan Kisar Halus:-
  • 2 ulas bawang merah
  • 1/4 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 1/2 biji tomato
  • 1 biji cili merah (akak letak 2 biji)
  • 2 tangkai cili padi

Bahan Sampingan:-

  • 2 sb. sos cili
  • 1 sb. sos ikan namphla
  • 1/2 cawan air
  • sedikit karot
  • sedikit bunga kobis
  • sedikit jagung muda (*akak x letak ni)
  • 1/2 biji epal hijau fuji - didadu kecil2 (akak letak epal biasa jek)
  • minyak untuk menumis
  • garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:

  1. Panaskan 3 sudu besar minyak goreng ikan tadi dengan api sederhana, dan tumis bahan kisar hingga naik bau (lebihkurang 3 - 5 minit).
  2. Masukkan sos cili, air, sos ikan dan sayuran termasuk epal tadi. Biar mendidih dan sayur lembut dan kuah pekat sikit.
  3. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan tutup api.
  4. Tuangkan kuah ke atas ikan dan nikmatinya ketika panas-panas.

2 comments:

ijan said...

Salam Kak Ummi...
Letak epal ek..bestnye nampak..sonotnye Najwa balik umah dapat makan best best :)

Che Sue said...

aduiii...tertekan toi tgk lauk ni kak ummi..peberet ni!! ikan siakap tak wujud lak kat sini..uhuks! *pejam mata kuat2*