Thursday, August 25, 2011

Nasi Serai

Assalamualaikum.....

Tersentap sekejap pagi ni bila terima berita adik lelaki officemate akak telah dijemput Illahi malam tadi. Peristiwa berlaku semasa adik lelakinya dalam perjalanan pulang dari minum di kedai sesudah bersolat tarawih. Kemalangan melibatkan antara 2 buah motor di persimpangan. Kedua-dua penunggang motor meninggal dunia dan kedua-dua pembonceng juga kritikal di ICU....huhuuu... Hiba sungguh mendengarnya...dimaklumkan arwah adiknya ini ada terserempak dengan beliau semasa di kedai tu sebelum officemate akak ni ke bandar sekejap dgn suaminya... selepas dr itulah kemalangan berlaku.... Ofismet akak ni pun bercadang nak balik beraya di rumah mertuanya di Johor dah sabtu nih...nampaknya batal la kot.... Itulah kan..kita merancang, Allah menentukan....huhuu

Begitulah kita, tidak tahu bila masa kita pula akan dijemputNya...Moga Ramadhan kali ini bukan yang terakhir buat kita semua....amiiinn.. Yang pergi tetap pergi, yang hidup harus meneruskan perjalanan hidup sebagai hamba dan khalifah di bumi Allah swt ini. Salam Takziah buat beliau seisi keluarga dan al Fatihah untuk arwah...

Sementelah akak dah masukkan gambar-gambar ni....jom tengok resepi akak berbuka kelmarin...syukur alhamdulillah... Resepi sempoi dan sedap sangat2. Sempatlah memasak dalam terkejar-kejar pun....Thanks buat Kak Liza yang sudi menghadiahkan 2 buah buku2 terbaru beliau kepada akak tempohari....

Nasi Serai
Resepi: Dari Buku Chef Hanieliza (terbaru)
- 50 Hidangan Penambat Selera
Sumber : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A:-
  • 4 cawan beras basmathi
  • 4 cawan air (akak lebihkan jadi 4 1/2 cawan sebab rendam beras sekejap jer)
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 4 batang serai - diketuk
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • 1 pokok daun sup - dihiris
  • 50 gm bawang goreng - akak x buat, x sempat loorrr...
  • Garam secukup rasa
Bahan B (Dihiris):-
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
Cara Memasak:-
  1. Basuh beras dan rendamkan selama 1 jam. Toskan (akak rendam setengah jam jer dan lebihkan air untuk nasi lagi 1/2 cawan)
  2. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Masukkan serai, daun pandan, air, kiub pati ayam dan garam.
  4. Bila nampak air hampir-hampir mendidih, masukkan beras dan masaklah nasi seperti biasa. (*akak tumis dalam periuk nasi elektrik atas api biasa dan setelah masukkan beras akak pindahkan periuk ke dalam bekas periuk elektrik, On dan biarkan nasi masak seperti biasa. Bila nasi kering dan suis periuk nasi naik ke atas, akak balik-balikkan nasi perlahan-lahan dan biarkan nasi masak sepenuhnya.)
  5. Hidangkan dan tabur dengan daun bawang dan bawang goreng.
Akak masakkan sambal tumis udang dan gandingkan dengan ikan celup tepung...
sangat sedap dan ngam...itu je la yg sempat akak masakkan balik kerja... ^__^



13 comments:

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak ummi cayang...
salam takziah kepada keluarga arwah ... Al-Fatihah...

akak.. diana mmg terus tergodaaa tgk set nasi kat atas tu akak.... mau gak d cuba nie nnt... masuk list dulu.... suka2!!!

anymz said...

wah ummi,ini antara hidangan yang terbaik dan sangat sedap..nape tak cakap awal2 nak buat nasi serai,?kalau tidak dah lama kita terbang ke kuantan nun..dah last2 posa ni hidangan mcm ni yang sedap kita sediakan utk anak2 kan?

Lieya said...

Uiskkk sedap ni kakk... kecur kecurrr

Sari Yusa Ibrahim said...

terbaek kak ummi, mkn ngan sambal udang mmg sesuai.. sempat pulak dlm pd terkejar2 balik kerja tu ya... mmg tulang besi urat dawai kak ummi ni.

Takziah kpd adik officemate kak ummi tu, Al-Fatihah..

ninazsyafinaz said...

Sambal udang tuh buat mengences lah kak ummi..hadoii

rahel said...

Sambal udang sedap,ikan goreng salut tepung sedap,nasi serai sedap....haiyaaaaa....godaan2...

Fiza Amran said...

nasi nie mmg best k ummi, thanks berkongsi

lina_pg said...

assalam kak ummi..takziah kepada keluarga ofismate kak ummi tu

sedapnya set nasi serai kak ummi ni, mmg wangi satu rumah ngan haruman serai tuh.

izahdaut said...

tkziah buat keluarga kawan kak ummi tu.. ujian ramadhan menghampiri syawal.. sayu je dengarkan..

kak ummi.. best aa dapat hadiah buku dari chef lieza.. saya amik resepi ni lak. nak try jugakk

sabar kagawa japan said...

salam kak umie..takziah buat keluarga kawan kak umi tuh..

alahaii sedapnyee nasi serai..kalo mkn dgn gulai daging agak2 masuk x kak umie?? nk try jgk laaa

CT said...

Al Fatihah...:)

Juwita Jamaludin said...

kak ummi.. takziah buat keluarga arwah.. tersentap kalau terdengar berita2 macam ni..

nasi serai tentu harum baunya kak.. makan dengan lauk apa2 pun sedapkan

Oh Oeya said...

Uuuiii.. mengancam u :)
Ikan goreng pakai tepung apa eikk tu Kaka Ummi..?

Al-Fatihah.