Sunday, August 7, 2011

Meehoon Goreng Berdaging

Resepi ringkas sahaja kelmarin....Saja nak kurangkan seafood sekarang sebab Aiman ada alahan jugak sejak akhir-akhir ni...Asyik bersin jek, mcm orang kena resdung jek...Jumpa doktor, dia kata bukan resdung, tapi alahan....mana satu betuii ntah... So udang n sotong mungkin singgah jarang-jarang sekali laa...nak tengok dulu perkembangan setelah dia makan ubat tu...Meehoon ni akak gandingkan dengan puding tauhu yang femes oleh Nor tu haa....Puding tu, nnt akak suh posing sini eh..hehe

Pada sesiapa yg xda idea lagi nak masak apa, rasanya goreng meehoon pun sodaaappp! hehee..

MEEHOON GORENG BERDAGING

Resepi: Ummi @ HomeSweetHome

Bahan:-
  • 1 paket meehoon (direndam 1 - 2 jam, toskan)
  • 300 gm daging lembut - dihiris nipis kecil
  • 3 sudu besar ciil kering kisar
  • 8 ulas bawang merah -( 5 ulas ditumbuk, 3 ulas dimayang)
  • 5 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 3 sudu besar udang kering - ditumbuk
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 ikat sawi - dipotong kecil
  • 1/4 biji kobis - dipotong halus
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • gula (optional) - akak letak 2 sudu kecil
  • minyak untuk menumis
Hiasan:-
  • Bawang goreng
  • 3 tangkai cili merah - dipotong
  • daun bawang - dihiris halus
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis dulu bawang merah yang dimayang hingga kekuningan dan naik bau.
  2. Kemudian barulah dimasukkan cili kering kisar dan bawang merah, bawang putih dan udang kering yang ditumbuk. Kacau sebentar.
  3. Masukkan daging dan masak hingga daging benar-benar lembut.
  4. Masukkan kesemua sos, air secukupnya dan garam n gula secukup rasa.
  5. Masukkan kobis diikuti dengan meehoon dan kacau rata sebentar dengan semua bahan masak tadi.
  6. Masukkan sawi dan cili potong (akak letak separuh cili potong) kacau rata sehingga kesemua masak elok. Seimbangkan rasa. Tutup api.
  7. Hidangkan dengan taburan daun bawang, sebahagian cili merah dan bawang goreng.

3 comments:

Mylady said...

Meehon goreng ni memang tak jemu dimakan kan akak...tetambah plak ada cili padi kicap..fuhhh..bertambah2..

Mas said...

bihun goreng...
mas suka...
sedapppnya tengookkk.....

Oh Oeya said...

Manyakk nyerr bahan K'Ummi hik3 :)