Tuesday, August 9, 2011

Ikan Sambal Tomato Nenas

Assalamualaikum....Resepi sempoi, mudah dan cepat jek la yang boleh akak masak, wpun cuti, byk hal nak kena setel jgk kan..kan.. ....Yang pasti, mesti ikut tekak ahli keluarga laa kan.....xpun kang sapa nak makan.... Kalau wat singgang ke sup ikan ke, anak-anak macam x laju jek makan....berbuka ok lgk...kalau sahur terus x lalu kalau xda pedas-pedas....adeeiii...Jom layan...

IKAN SAMBAL TOMATO NENAS
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 3 keping kecil/2 keping besar ikan tenggiri (ikan lain pun ok, ikut suka)
  • 5 tangkai cili merah *
  • 3 tangkai cili padi merah *
  • 5 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia *
  • 1 cm kunyit hidup *
  • 2 biji buah keras *
  • 1 biji tomato saiz besar * (bahan * dikisar bersama)
  • 1 cawan nenas yang dicincang/dikisar kasar (boleh letak lebih, ikut suka)
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Ikan dibersihkan, dilumur dengan garam dan serbuk kunyit, goreng 3/4 masak. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air dan biar mendidih dan agak pekat.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Bila dah pekat, masukkan nenas dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul rata dan masak hingga ikan agak lembut.
  7. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih. Selamat Mencuba....!


10 comments:

Rima said...

KUmmiiiii
Dah lama tak de chance nak intip intip.. memang betul kata KUmmi.. tak leh nak makan benda pedas sikit waktu sahur.. macam sensitive sikit ah.. Rima selalu makan cereal ajer waktu sahur.. hari tu si dak hairi ade so tu yg goreng nasi and bila dah goreng tu macam nak makan jugak lah kan sepinggan.. dah tu .. ahhh padan muka kita.. keluar masuk mr J cos perut terkejut agaknye makan nasi instead of cereal hehe

Kuih serimuka memang hot fav waktu ramadhan for my family.. macam nak buat lagi lah tdy :o)

Mas said...

akak....sedapnya tengok sambal bernenas.......
boleh try nnti..

anymz said...

tgk resepi pun dah tau sedap tu ummi.ada nenas,masam2 manis gitu kan?..masuk list lah.boleh cuba nanti.rasanya nak try dgn ikan bawal..buat berkuah sedikit.ala2 sweet sour.pun okay gak ummi kan?..

izahdaut said...

sweetnye gambo ni kak ummi. suke tengok. betul tu lauk gini buat sahur nambah selera.. pulak2 lauk ikan mmg la kena buat pedas. kalau bua tawar2 gitu haii nampak gaya duk pandang jeling2 jela ke dia atas meja makan tu

Oh Oeya said...

Ada nenas sure ummpphhh! Best la K'Ummi klu msk isi ikan camni..
Semlm masak salmon, plan msk cm K'Yani.. anak req steam juga..
kerana nk jaga emo dia.. ikutkan aje hi3

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak ummi cayang....
wah sukanya kat resipi gini... mmg kalau kat rumah nie laku nie ikan masak gini... nampak pun mnyelerakan..

Watierman said...

Assalam Ummi....kreatif & inovative betoi lah Ummi ni!! Sodap!!

Sofea said...

Alamak ikannn..kat rumah ni kalau puasa ikan x de org nak mkn..depa nak ayam, daging , udang, telur..tu je, lepas raya nanti leh cuba resepi ummi nii..:)

Ida,Japan said...

ikan sambal mmg sedap...kalau wat pesen k'ummi ni rasanyer lagi bertambah2 la nasi...azam nk turunkn berat posa ni..aalahaiii

Azlita Aziz said...

kak terliur lah kak..

mesti sedap ita dah terasa2.. jangan batal posa dah kak...
kalu letak nenas mmg sedap lah lauk ni kak..
nanti ita nak cuba buat jugak..lah