Friday, August 19, 2011

Ayam Berempah Satay Madu

Assalamualaikum.....Petang ni akak nak sharekan satu lagi resepi ayam goreng yang amat best dan mendapat pujian dari anak-anak akak....Sedap ala-ala satay ayam la kiranya....sebab maknya malas nak wat satay la kot...hahahhaa... Bersepah2 orang jual, xyah buat la kan...nnt tercucuk lidi satay, nayaa...hahahhahaha...alasan x munasabah!

Esok pagi akak nak balik ke kampung tokwan jap di Bentong, menjenguk diaorang yang dah terlalu uzur. Puas mak dan abah akak ajak tinggal sekali di Temerloh diaorang tak nak...Paling lama pun 2 minggu jek (tu pun sebab sakit dulu..), pastu dah sihat sikit, sibuk dah suh hantar balik...rindu rumah la...ayam itik tak tau pi mana laa, kucing x makan laa...adeeeii... Terpaksa lah mak akak bergilir-gilir jenguk dengan adik dia yang tinggal di Bkt Goh..Dah la adik beradik mak akak 4 orang je (sume perempuan lak tu) pastu 2 dah pun kembali ke Rahmatullah, now tinggal 2 beradik je laa...

Nasib baiklah kami anak-anak emak ni ramai dan boleh gak bergilir-gilir jenguk wan dan tok tu...huhuuu.. Semoga mereka sentiasa sihat walafiat dan dapat lagi berhari raya bersama-sama kami. Biasanya pada raya ke 2 atau ke 3 kami 12 beradik (belum masuk ipar duai) berkonvoi ke rumah wan dan tok dan bermalam semalam dua di sana....dapat jugaklah kemeriahan untuk mereka kan... Kadang-kadang kami siap bawak kan ketupat dan rendang yang baru dimasak semula untuk mereka....

Adeh xleh citer banyak-banyak, nnt akak sedih...kecik-kecik dulu selalu cuti sekolah mesti duduk rumah wan dan tok...Oleh itu, moral of the story, alangkah bagus mempunyai anak ramai kan, hehee..., boleh bergilir-gilir jenguk kita bila tua nanti, insyaAllah....Ok, ok dah dah...xleh citer panjang....jom tengok resepi...

AYAM BEREMPAH SATAY MADU
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1 ekor ayam - dipotong sederhana besar
  • 2 sudu besar serbuk cili kering
  • 3 sudu besar madu
  • 2 batang serai - dititik
  • sedikit air
  • garam secukup rasa
  • 2 labu bawang besar - dipotong bulat
  • sedikit daun bawang - dikerat-kerat 1 inci
  • minyak untuk menggoreng secukupnya
Bahan Perap:-
  • 2 sudu besar rempah satay
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 2 batang serai yang ditumbuk halus
  • garam
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 sudu teh gula
Bahan Ditumbuk dan Tumis:-
  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
Cara Memasak:-
  1. Cuci bersih ayam dan toskan. Lumur ayam dengan bahan perapan dan perap selama 1 jam. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebihkurang 1/4 cawan dan masukkan bahan tumis bersama serai yang diketuk tadi, kacau rata sebentar hingga naik bau dan sedikit garing.
  3. Masukkan serbuk cili kering, serbuk ketumbar dan kacau hingga naik minyak dengan api perlahan.
  4. Masukkan sedikit air jika terlalu kering.
  5. Masukkan ayam dan diikuti dengan madu. Gaul rata-rata hingga nampak bahan rempah bersalut. Tambah garam jika perlu, seimbangkan rasa.
  6. Masukkan bawang besar dan masak ayam hingga agak kering. Tutup api dan taburkan daun bawang. Hidangkan.
SELAMAT MENCUBA....!!

12 comments:

mama liza said...

sedap2... nanti nk try la....

che'iza said...

Kak Ummi notti tau.... Dahlah semalam tayang lontong... hari ni lah ... Ayam satay madu pulak.... Boleh masuk list juadah raya ji kak... suker... suker....

Sheila Shafeareen said...

salam, sedapnya name tajuk diatas sesedap juga rasa ayam ni.........tepikat dah ni....nyam nyam

Mas said...

pehhhh...mengeliurkan betoi ayam tu kak..

Amie said...

masih ada tok wan ye... bestnya Kak Ummi!

resepi ABSM tu sedaplah Kak Ummi, kita pun suka masak begitu...harum, tak boleh buat sikit, tak cukup... hi hi hiiii

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi kak...what a lovely chicken dish you have there!!! oooo lala!!!

Never knew there's rempah satay in market. Is the kuah satay itself?

Hope you can share your chicken recipes at newly created FB page...Resipi Masakan Ayam / Chicken Recipes

izahdaut said...

teringat kat wan saya lak bila baca pasal wan akak ni.. wan saya bebaru ni dah tak sihat. dah mkin pelupa dan kebudak budakan dah.. kesiaannn.. doa saya untuk dia selalu...

alaa kak ummi..ayam lagi yg menawan kelebuuuu

ICook4Fun said...

Ummi, nak check with you, rempah satay tu boleh beli kat sumpermarket ke? Kalau ada jual I nak surah adik I belikan.

Juwita Jamaludin said...

salam kak.. best nampak ayama tu.. tambah ada perkataan Satay itu... hiihi lama plak tak makan satay.. ni yang rasa ak buat ayam ni

ijayuji said...

Salam kak ummi!! amboiiiiii sedapppnyer menu ayam akak ada satay2 ni mmg lah tersgt sedapnyerrrr! mesti best ni kan kak sbb ada madu, tp ada jugak rempah satay ya? tak pernah nmpk pulak rempah satay :D

Naz said...

Assallamualaikum kak Ummi..
Kak sedapnya.. Suka masuk blog akak tgk resepi ayam.. banyak sangattttt sampai tak terpilih dan tak terbuat..hehehe..

Oh Oeya said...

hebat betul godaan mu K'Ummi oiii.. kecurrr..