Thursday, August 9, 2012

Ikan Sambal Daun Kari

ASSALAMUALAIKUM....

Adeeeh entry tertangguh je la lagi ni.... Masak pun sempoi-sempoi jek dah sebenarnya bila dah di akhir Ramadhan ni, rasa semakin x sempat pulak bila balik kerja tu... Langkah silat pun dah semakin lemah jek gayanya... Nak kata mood raya datang x jugak sebab satu jenis kukis pun belum buat lagi....cuti hujung minggu ni la kot dapat buat...hehehe, doa-daokan la yea ada satu dua kukis yg sempat akak buat....

Okeh laaa meh layan menu berbuka ntah bila punya ni....apapun masak ikan camni mmg best, pembuka selera berbuka dan bersahur jugak. Cuma gambar ni x lah berapa cun eh, amik kat meja makan je dah ni, di bawah sinaran kalimantang....no matahari...hehehhe...Layaaann... Sempat jgk wat pengat masa tu sbb ikan masak sempoi dan wat sayur manis gitu jek...

IKAN SAMBAL DAUN KARI
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 2 ekor ikan selar saiz sedang
  • 20 tangkai cili padi thai hijau - ditumbuk
  • 2 biji cili merah - ditumbuk
  • 6 biji bawang merah - ditumbukLink
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 2 sudu besar kicap pekat manis - akak guna kicap ABC
  • sedikit air (jika perlu)
  • sedikit gula/secukup rasa
  • sedikit garam/secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • 3 pelepah daun kari - basuh dan lurutkan daunnya

Cara Memasak:-

  1. Bersihkan ikan dan kelar. Gaul dengan garam dan serbuk kunyit dan goreng hingga warna keemasan (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak goreng ikan dari kuali dan tinggalkan sedikit lalu terus tumis bahan tumbuk. Kacau hingga pecah minyak dengan api perlahan. (Masukkan sedikit air jika perlu).
  3. Masukkan kicap, garam dan gula. Seimbangkan rasa.
  4. Masukkan daun kari dan kacau sekejap, kemudian masukkan ikan yang digoreng tadi. Kacau balik sebentar sambal biar rata dan bersalut pada ikan. Tutup api dan hidangkan.


Kalau masak lauk sempoi-sempoi camni, sempat jugaklah nak buat pemanis mulut seperti pengat pisang ni, guna je santan kotak....hehehhehe....

8 comments:

Mas said...

kak ummi..
menu peberet ni klu sambal2 gini..
sedappp...he3

Evelyn Gemina said...

Wah my peberet ni pengat pisang, sambal ikan tu pun nampak sedap sekali : )

ibh_sue said...

Kak Ummi..
Apa ja menu kalau ikan..semua sue suka..Tgk ummi punya menu ni sedap betul. Mengguda tetenghari ni

faa.rosli said...

ikan selar memang best..kalo goreng pon sedap ni kan buat sambal mcm ni..pergh..hihihi

Sari Yusa Ibrahim said...

bestnya Kak Ummi, dengan desertnya tu boleh tahan jugak bertambah ni.. hehe

LinRosly said...

Assalamualaikum Kak Ummi,
Perhhhh sodapppnya! teringin nak cuba tapi nak cari daun kari kat sini punyalaaa susahnya...

Nampaknya bila balik kg kena bawa daun kari balik BP buat stock...hik3

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ikan bersambal mcm ni menu kesukaan kat rumah... sy teringat2 kesedapan resepi sambal ikan daun kesum akak.. dah beberapa kali dok buat... mmg bestlah..

Salmi Khairil said...

kak ummi simple tu yang paling seddaap..