Tuesday, August 14, 2012

Cucur Badak Keledek Ungu

ASSALAMUALAIKUM.... Salam Ramadhan ke 25 dah eh?? Alhamdulillah, kita masih diberikan kesihatan yang baik, akal yang sihat dan semoga diberkati hendaknya segala amalan kita sepanjang Ramadhan yang mulia ini...insyaAllah.

Dah ada yang pack baju semua nak balik kampung dah ke?? Yang mana nak balik jauh dan x sempat berjumpa dengan family di kampung Ramadhan ni, mesti cukup teruja dan x sabar-sabar nak berdakap dan senda gurau di kampung kan...riuh serumah, alahaaaiii bestnya... Dan mesti dah ramai yang x kuasa nak masak2 sakan dah kan, duk mengukissss jerk...hehehe.

Mohon maaf jua kepada pengunjung Home Sweet Home, sebab tuan dapur agak lemau dan malas nak update...bz tahap gaban pun ya jgk bila dah kat rumah. Orang lain dah tunjuk kukis sana sini, akak dah buat jugak, tp mcm malas jek nak amik gambar. Tunggu la yea... bukan apa, yang dalam folder ni pun ada beberapa menu jugak yang tertunggak...tu la pasaiii. Sabauuu je la kaaann... Apapun meh layan cucur badak hari minggu ni dulu laaaa.... Kukis belum sampai turn..wahahhahaa

























CUCUR BADAK KELEDEK UNGU
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Inti:-
  • 2 mangkuk (RM2.00) kelapa putih/muda
  • 8 tangkai cili kering - potong dan direndam air panas sekejap
  • 2 sudu besar udang kering
  • 3 batang serai - hiris (ambil bahagian putihnya)
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 5 ulas bawang merah
  • sedikit air
  • garam dan gula secukup rasa
Cara Menyediakan:-
  1. Tumbuk lumat cili kering, udang kering, serai, kunyit hidup, jintan manis dan bawang merah. (agar cili kering cepat lumat, letakkan sedikit garam kasar sebelum ditumbuk).
  2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali/periuk beserta sedikit air, masak sekejap bahan, kemudian masukkan kelapa muda, garam (jika perlu sebab dah letak masa menumbuk) dan gula secukup rasa.
  3. Masak dan kacau rata semua bahan inti hingga kering airnya (kelapa sedikit lembab). Tutup api dan keluarkan inti. Sejukkan pada suhu bilik. Sementara itu, boleh sediakan bahan cucurnya.

Bahan Cucur:-
  • 400 gram keledek ungu
  • 150 gram tepung gandum
  • 1/4 cawan air rebusan
  • 1 sudu besar gula pasir
  • air untuk rebusan/kukus
  • Minyak untuk menggoreng cucur
Cara Menyediakan:-
  1. Keledek dikupas, bersihkan dan potong kepada beberapa bahagian/kecil. Rebus atau boleh dikukus keledek hingga lembut. (*akak lebih suka rebus sebab nak guna air rebusan keledek semasa membancuh tepungnya)
  2. Keluarkan keledek dan letak dalam mangkuk besar, masukkan air rebusan dan taburkan gula pasir. Lecek bersama hingga keledek hancur / halus.
  3. Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil diuli hingga bergaul rata jadi doh lembut. (tepung x melekat pada mangkuk). Sedia untuk dibuat cucur.
  4. Ambil sedikit doh, bulatkan di atas piring dan letak inti. Tutup doh dan bulat-bulatkan. Leperkan sedikit dan letak dalam dulang, buat sehingga habis.
  5. Panaskan minyak dengan api sederhana perlahan. Masukkan cucur dari sisi kuali dan goreng, balik-balikkan selalu. Bila telah berwarna kecoklatan, boleh lah diangkat dan toskan minyaknya. (*jangan goreng sekaligus terlalu banyak cucur, cukup untuk 4 atau 5 biji setiap gorengan. Ini untuk mengekalkan kepanasan minyak dan cucur akan masak elok, tidak hangus cepat dan cucur tidak akan meresap minyak banyak untuk membolehkan ia masak.)



9 comments:

Mat Gebu said...

Salam kak ummi..
Ni kalau Linn nampak, pengsann dia...haha

Gee® said...

Salam Lebaran K.Ummi... Semoga diberkati Allah hendaknya...

Unknown said...

Salam Kak Umi....
Selamat balik kampung juga buat kak umi...sedap tgk inti kelapa tue...:))

Unknown said...

Selamat hari raya ummi:-)
zana suka keledek purple, berselera nak mknnya.

Unknown said...

Assalamualaikum Kak Ummi Syg :D
Lin mmg suka cucur badak, selalu beli jer...kalau dapat yg guna keledek ungu ni bestnya sbb keledek ungu mmg sedap!

Yatie said...

Assalamualaikum Kak Ummi cayangggggg..takpe kak, yg penting blog akak tetap bersiaran....waduhhh terliur tngk cucur badak keledek unggu ni..menarik dan semestinya sedap...

QasehnyaRania said...

1st time jumpa cucur badak dari keledek ungu...ada masa nanti boleh la saya try..
minta izin salin resepi yer kak

jackmedium said...

MySarkariNaukri Provides Instant Job Notification Alerts Through Emails, WhatsApp, Telegram, Facebook,Twitter and Youtube hp govt job

Customer care said...

IndusInd Bank Corporate Office, Contact Information, Email ID including headquarters area, client care helpline number, office phone number, and email id is open here with association biodata, network presence, as well as organization regions. In the event that you are searching for a profile like an establishment year, organizer, office areas, parent affiliation, and so on. Indusind bank near me