Thursday, August 16, 2012

Bright Eye Susan Cookies

ASSALAMUALAIKUM...

Waaahh mesti ramai yang dah balik kampung ni...akak kan baru ada kesempatan nak tayang biskut ni haa... Ni antara biskut yang akak sempat buat cuti kelmarin. Baru sempat 3 jenis jek...ingat esok lusa sempat kot buat sejenis dua lagik...jadi la kaann... Padanlah pun dengan kesempatan yang ada... Ingat hari sabtu tu boleh buat 2 jenis ke....aleh-aleh, keluar pulak pi shopping sikit-sikit lagi keperluan...balik dah jam 3.00 petang, sempat lah menggentel biskut ni ha...hehehhehe..

Layan je la yea... Bright Eye Susan Cookies... Akak pernah makan biskut ni masa duk Muadzam Shah dulu2....lama sangat dah, x pernah dapat makan. Baru-baru ni tengok ada geng FB post kat wall, akak pun cepat-cepat salin....tp lupa pulak nak amik namanya.. Maaflah tuan punya, kalau terbaca tolong bagi tau akak yea...boleh akak link or letak nama... maaf banyak2 yeaa.. Biskut ni mmg sedap sesangat!! Ala-ala biskut sarang burung (bukan sarang semut je ada...hehe) yg selalu mak akak buat...cuma dia golek kacang tanah... Akak x pernah try biskut mak tu sbb adik selalu buat, hehe...nnt lah akak kongsikan yea...

BRIGHT EYE SUSAN COOKIES
Sumber: Rakan Facebook (alahai lupa nak salin namanya..)
Dicubarasa : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:- (anggaran 80 biji)
  • 260 gram tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • secubit garam
  • 250 gram mentega (akak guna brand Anchor)
  • 125 gram gula kastor
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 biji kuning telor
Hiasan:-
  • 1 biji putih telor
  • Cincangan almond (almond nibs) secukupnya (x perlu dipanggang)
  • Jem strawberry secukupnya (akak guna homemade jam dr Cameron)
Cara Membuat:-
  1. Ayak tepung, baking powder dan garam. (akak ayak 2x). Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk pengadun, masukkan mentega dan gula kastor, pukul hingga sebati.
  3. Masukkan kuning telor dan terus pukul lagi.
  4. Masukkan esen vanila dan terus pukul hingga sebati. Switch off mixer.
  5. Keluarkan mangkuk adunan dan masukkan tepung yang telah diayak tadi. Kaup balik rata dan uli sedikit hingga mendapat doh yang lembut. (akak dapati adunan lembut teramat, so akak tambar lebihkurang 3 sudu besar tepung lagik)
  6. Sukat adunan sebanyak 1 sudu kecil dan bulat-bulatkan. (jika boleh buat bentuk bulat biar sama). Buat hingga habis.
  7. Celupkan permukaan atas bebola biskut dalam putih telor dan kemudian golekkan permukaannya dalam almond nibs.
  8. Susun dalam dulang pembakar dan buatkan lubang di tengahnya. Masukkan jem dalam piping plastic dan paipkan jem ke dalam lubang tadi. (akak letak biskut dalam papercup, senang dan lebih kemas...hehe) - boleh buat lubang dengan hujung senduk kayu yg bulat dan sesuai la yea)
  9. Panaskan dulu oven dan bakar pada suhu 200 C selama 10 minit atau ikut oven masing-masing la yea.. (*oven akak set 180 C dan bakar selama 12 minit).

18 comments:

QasehnyaRania said...

mornink akak=)
wah macam sedap je nih..tapi macam dh tak sempat pula nak buat..
anyway selamat hari raya maaf zahir batin ywer kak

ibundo said...

selamat hari raya ummi..

NAJWA said...

salam...

kak ummi..najwa nak ucap selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin...

Azie said...

Ummi, sebab Ummi tulis sedap, saya nak copy resepi ni untuk dicuba di lain kali. Raya ni memang tak buat kuih langsung

Gee® said...

Slmt Hr Raya K.Ummi... Maaf Zahir & Batin

AZLITA AZIZ said...

Salam Kak Ummi..

Banyak dah buat kuih raya..?? kita nak beraya rumah akak ni..

Selamat Hari Raya ye kak Ummi maaf zahir dan batin..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam kak ummi..

salam aidilfitri buat kak ummi sekeluarga.. maaf zahir & batin ye...

cookies ni.. kak rinnchan pernah share di fotopages beliau... mmg cantik kejadiannya...

chikadakbiru said...

sedap biskut nih...lemak sangat...kak ummi selamat hari raya aidilfitri ..maaf zahir dan batin..

zila norazila said...

salam syg kak ummi
zila pun keep resepi nie..leh buat thn depan kak:) selamat hari raya jugak wat akk n family yer;)

cikmanggis said...

salam ummi.Selamat hari raya buat ummi sekeluarga.Maaf zahir dan batin.

LinRosly said...

Assalamualaikum :D
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin... sekiranya terdapat salah dan silap selama Kak Lin menjadi rakan blog anda.

Terima kasih.
Sayang Anda Semua
Muaaahhh...Muaaahhh...

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Salam Idil Fitri Ummi dan Maaf Zahir Batin

Best Business Brands said...

A nice version of thumbprint cookies - cookie dough is rolled in nuts, baked then filled with a dollop of jam, jelly or preserves.

Ayu said...

Selamat hari raya buat kak Ummi & family, maaf zahir batin..halalkan juga recipe2 yang kita ambil dan cuba ya kak..:)

Engku Artini said...

mmm.. sedapnya

ela said...

kak ummi..cantiknya jadi kukis ni..ela pernah buat tapi tak cantik mcm ni....selamat hari raya kak ummi cayangggg

kaderontor469161 said...

BRIGHT EYE SUSAN COOKIES is really rich & nice food . I already test this food eating testy also.We can eat for our good health .

Alinka said...

Your cookies look delicious:)