Friday, August 12, 2011

Tofu Telor Goreng Tomyam

Assalamualaikum......ok lah petang ni akak nak kongsikan lagi lauk sempoi....senang nak masak, senang nak makan....hehhee... Ni sebab belek2 buku masakan baru yang dihadiahkan oleh Chef Hanieliza jumpa 2 hari sebelum puasa baru-baru nih...lupa lak nk snap bukubuku terbaru beliau iaitu Resepi Kek dan Biskut dan Buku 50 Hidangan....k, layaaannn...

TOFU TELOR GORENG TOMYAM
Resepi: Buku 50 Hidangan Chef Hanieliza

Bahan A:-
  • 3 tauhu/tofu telor (dipotong 2 - akak potong 3)
  • 5 batang kacang buncis - dipotong pendek
  • 1 batang kecil lobak merah - dipotong kecil
  • 1 pokok daun ketumbar - dipotong pendek
  • 3 helai daun limau purut - dikoyak
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 kiub pes tomyam
  • 1/2 cawan air
  • garam secukup rasa
Bahan B:-
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 batang serai - diketuk
  • 10 biji cili api - diketuk
Cara Membuat:-
  1. Panaskan minyak dan gorengkan tofu sehingga nampak garing (berkulit). Angkat dan masukkan ke dalam pinggan.
  2. Tinggalkan separuh minyak dan tumiskan bahan B, kacau rata.
  3. Masukkan pes tomyam, garam dan air. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan daun limau purut, kacang buncis dan lobak merah.
  5. Apabila mendidih, masukkan tofu yang sudah digoreng tadi ke dalam kuali. Tutup api.
  6. Taburkan daun ketumbar. Sedia untuk hidangan.

13 comments:

che'iza said...

Kak Ummi.... tauhu telur memanglah sedap kak... Tapi tak pernah lagi wat mcm ni.... mesti sedap ada rasa tomyam...

Sheery Dream Cakes said...

Akak ummi cayang...
diana sukanyaaa kat resipi gini.... anak2 diana mmg suka kalu masakan mcm nie,.. sedaaap sesgt...diana n daughter siap ratah mcm tu jer nie.. hehehehe.. suka2!!

Lieza said...

kak ummi... masuk list ni...tauhu telur dah ada ni..

tun_telani said...

ooo.. sedap goreng jugak ye tauhu nih. tun x penah beli sbb xpandai nk masak. hihi.. nnti try resepi nih..

ijayuji said...

Salam kak ummi!! haaaaaa.. tauhu telor ni fev ank bujang kita, kalau buat sup mesti suh masukkan tauhu nii kita pulak tak minat suke yg putih tu jerrr tapi kalau goreng dulu kita suke hihihi...

Amie said...

tauhu telur memang sedapkan Kak Ummi, lembut je... Amie suka makan tanpa nasi!

Yatie said...

Assalamualaikum K.Ummi,
satu family suka tauhu telur, rasanya nak masak ikut resepi ni...menyelerakan sunggguh...tq Kak berkongsi resepi....

izahdaut said...

wah tq share resepi chef ni.. tak tau lak sedap dibuat masak tomyam jugak ..sedap sedap..biasa buat masak kicap je..tq kak ummi

Juwita Jamaludin said...

kak ummi suka makan taufu ni api kat jepun tak pernah nampak lagi..:(

Liza said...

Sedapnya tauhu telur tu kak...peberet ni..

Anonymous said...

yummm yummmm yuummmm ,,,, fuhhhhhh sedapnyeeeeee (: " ingt arfah sesungguhnye engkau sedang berpuase " hee :)

Cendana Kasih said...

yelah kan, time posa2 cenggini buku Kak Hanieliza mesti dicari balik dalam almari tuh.....respi yang ringkas, cepat dan sedap...

Oh Oeya said...

sodap gak goreng gan taugeh nyum! nyum!