Friday, April 1, 2011

Review Resepi Jelita : (1) IKAN TUMIS ASAM BERSANTAN

Assalammualaikum....Mulai entry ini akak akan review resepi-resepi akak yang telah dikongsikan dalam majalah Jelita keluaran Mac 2011 hari tu... Bagi yang telah mendapatkan majalah tersebut dapatlah menatap dan mencuba resepi-resepi tersebut sekiranya sudi, namun akak telah dapat beberapa komen/permintaan di sini dan juga di Facebook dari adik-adik geng masak atau kenalan yang sekarang sedang berada di luar dari Malaysia ini yang meminta akak kongsikan resepi-resepi ini di blog akak untuk rujukan mereka.

Terlebih dahulu akak mohon maaf kerana sedikit terlewat kerana kesibukan dan masa yang selalu cemburu dengan akak, baru kini akak dapat meluangkan masa untuk kongsikan di sini. Selain itu, memandangkan resepi2 tersebut belum pernah muncul di HSH, entry ini jugak untuk koleksi dan rujukan di dapur Home Sweet Home serta tanda kenangan. So, akak harap akak akan dpt langsaikan janji dan hutang akak dengan kalian ya...Jika sudi dan teringin nak rasa, boleh mencuba 8 resepi-resepi ringkas yang tak sepertinya ini, ikhlas sekali dr akak....So, akak mulakan dengan resepi Ikan Tumis Asam Bersantan ni dulu....selain ikan merah atau tenggiri, sedap jugak menggunakan ikan gelama mak iloiii-iloiii tauuu..hehehe...Pasni senang kan, xyah taip dr majalah tu...copy jek sini.. ^__^

(# untuk makluman - terdapat jugak sedikit kelainan ayat di dalam majalah tersebut setelah diedit oleh mereka dari yang asal akak tulis di sini)


IKAN TUMIS ASAM BERSANTAN
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
(keluaran Jelita Mac 2011)
Bahan:
  • 1 keping ikan merah/tenggiri
  • 4 ulas bawang merah - dimayang kasar
  • 3 ulas bawang putih - dimayang kasar
  • 2 cm halia - dihiris halus
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 3/4 cawan santan pekat
  • *1 tangkai cili merah )
  • *1 tangkai cili hijau ) * dihiris menyerong
  • 1 sk gula
  • garam secukup rasa
  • beberapa tangkai daun ketumbar
  • sedikit serbuk kunyit
  • minyak untuk menggoreng ikan


Cara Memasak:-

  1. Ikan dibersihkan, digaul dengan garam dan kunyit. Goreng ikan hingga tiga suku masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Tinggalkan lebihkurang 4 sudu besar minyak dalam kuali yang sama dan tumiskan bahan mayang dan hiris hingga naik bau.
  3. Masukkan air asam jawa dan kacau biar mendidih sebentar.
  4. Masukkan ikan dan perlahankan api, reneh sekejap..
  5. Masukkan santan pekat, garam dan gula secukup rasa. Balikkan ikan dan masak hingga kuah mendidih dan sedikit pekat. Seimbangkan rasa masam dan lemak santan.
  6. Tutup api dan taburkan beberapa tangkai daun ketumbar. Sedia untuk dihidang dengan nasi putih.

14 comments:

Sheery Dream Cakes said...

akaaak... diana pun x dapat beli majalah jelita ari tu... dah x der stck.. uwaaaa...ke sana ke situ.. diana cari majalah tu.. namun hampaa... siap pesan hubby lg suruh2 tgk majal tu.. ehhehe .. nasib baik akak letak kat cnie.. terima kasih akak... sayang akak.. :)

Ummi said...

Aah la Diana...akak paham dan igt Diana ada bgtau dulu...Ni jugak khas tuk Diana, Deetha, Ayu, Nieza dan sape2 yg x sempat beli or xnak beli Jelita pun ok...hehehee

Mas said...

sedappnya...
boleh try nanti...

cik cek said...

Gambonya cantik....rasanya mesti sedapnya ni...bolehla kak cek try nanti ummi....

Ummi said...

Mas -
Kena try dulu...baru komen...hehehee

Cik Cek -
Gambor cantik kasi selera nak masak...pastu baru ada selera nak makan...kot...hehee, try laa cek.

Unknown said...

Assalam Kak Ummi cyng, tq kak...dapat juga menatap resepi akak dr jauh di perantauan ni...walaupun tak dapat nk capai majalah jelita itu...dapat tgk dari dapur maya akak ni pun jadilah..hehe btw tq sharing kak harus dicuba resepi yg mabeles ni..:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

pasti sedap ni kak ummi..
saya selalu gak masak ikan gaya asam gini.. cuma tak letak santan.. nanti boleh cuba resepi akak pulak...
teringin nak masak mee lidi goreng hijau tu & trifel pisang lemak manis tu pun menarik.. insyaAllah.. cukup bahan2 nnt nak cuba... (antara cepat ngan lambat je.. hehe) kena tunggu weekend baru leh masak..

izahdaut said...

menariknya resepi kak ummi neh.nak try ler jugak.nama dia dan gabungan dia tu pun dah menyelerakan

anie,Nagoya said...

nak cuba n nak berguru gan kk Ummi.yelah kk Ummi.ms selalu cemburu gan kita2 ni kan?salin semua resepi kat majalah tu..leh kita copy.nak beli..mak aiii....kita tercmpk kat dunia lain ni ha....insyallah....akan cuba resepi2 ni.jika masa tak cemburu kita.gihihihihi....

Ina Mohamed said...

tq k.ummi sudi share resepi kt sini. InsyaAllah ada kesempatan akan mencuba. Nampak sedap jer bila tgk gambar tu.... :)

Ayu said...

Thanks kak for the review tu..maklumlah kita kat sini susah juga nak dapatkan majalah jelita, ada tu ada tapi tak banyak kedai yang ada..

Ummi said...

Nieza -
Tu la pasal akak kongsikan dengan geng2 yg jauh mcm u all nih..kalau sudi, try laa...bgtau hasilnya k..

MaDiHa -
Ratna, resepi asam tumis santan ni mmg warisan bonda, style org utara..kadang2 mak mmg letak pati santan sikit camni...mmg marbeles!!

Izah -
Hahhaha..baru tgk gabungan nama dah tau sedap? gitu eks..hehhe

Anie -
Tu la pasal akak kongsikan..harap2 sesiapa yg duk jauh sudi nak try, bole la kan..heheh

Inaku -
Tiada paksaan tau Ina...kebetulan akak nak simpan kat blog gak resepi2 ni..sbb blm penah ada di sini lgk..hehe

Ayu -
Alahaiii siannya dia...ok akak akan habiskan 8 resepi tu kat sini eh..hehehe

Yatie said...

lagi teruja bila akak kongsikan resepinya kat blog...masuk list lagi ni..mesti buat...mee lidi tu pun nak cuba gak...semuanya sedaplah...

Unknown said...

Hi Ummi, sorry for trespassing yr block. I have been looking for Haliza Alang Ahmad, also known as Elly, my old school mate at Sek Men Tengku Kudin, Raub and we have been lost contact for more than 30 years ever since she have moved to Kuantan. Would appreciate if you could please help me to get her contact number or email address and kindly forward to sarimah.saaya@gmail.com. Thanks a lot Ummi.