Tuesday, February 1, 2011

Sambal Udang Harum Limau Purut

Salam, waaaa dah nak tdo eks....akak kan baru jek siap membaking ni haa...maklum esok akak cuti nak balik kampung laaa..hehee, sementara anak2 semua ada balik ni..baru seronok balik kampung....ni lauk dinner akak laaaa...sambal udang macam biasa gak cuma ada sedikit penambahan bahan untuk menambahkan lg aroma dan terangkatnya rasa...heheee...ok laaa, malas nak bebel panjang dah...ngantuks gak ni...kalau rasa dh blur nak masak udang tu, leh try lak yang ni...hehe

SAMBAL UDANG HARUM LIMAU PURUT
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 300 gm udang - dibersihkan.
  • 4 sudu besar cili kering kisar (*akak punya cili ni jenis pedas sikit, sila adjust eh)
  • 1/3 cawan gula melaka yg dihancurkan
  • sedikit air asam jawa
  • garam secukup rasa
  • 3 helai daun limau purut
  • sedikit air
  • 1 labu bawang besar - dipotong bulat gegelang
  • minyak untuk menumis
Bahan dikisar:-
  • 6 bij bawang merah
  • 1 - 2 ulas bawang putih
  • 2 cm balia
  • 1 biji buah keras
  • 1 inci belacan yang dibakar
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama cili kering kisar dengan api sederhana dan masak hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sedikit air (jika terlalu kering), gula melaka dan air asam jawa. Masak hingga kuah agak pekat.
  3. Masukkan udang, daun limau purut dan garam secukup rasa.
  4. Kemudian masukkan bawang besar dan renehkan sebentar hingga kuah nampak berminyak, tutup api dan hidangkan.
masa nak suap ke mulut, harum je bau daun limau purut tu..eeemmm

6 comments:

SyahNas80 @ Nana said...

ermmm..sedapnyeeeeer

Yatie said...

Salam K.Ummi,
Seronokkan balik kampung..semoga selamat pergi dan kembali kak..sambal udang ni mmng kegemaranku..tambah lagi harum daun limau purut tu....mmng menyelerakan...

NoorMasri said...

cedap...cedap !

ilahjy said...

fuhh mmg la wangi setaman kalu ada daun nii.. nak tau dak air asam boleh digantikan dgn asam limau dgn jus buah limau purut nanti air asam utk cicah ikan bakar tu pun wangiii hilang belacan...

ummi selamat balik kg ya.. hati2 dlm apa jua yg dibuat... ilah balik melaka 3hb esok pagi...nak buat kenduri kambing 5hb..jemput mai...

Mas said...

sedappp....yang ni memang mas sangat suka.....
makan ngan nasi lemak sedappp ooo...

Dini said...

hmmm yummy
boleh saya copy resepnya??