Saturday, February 12, 2011

Curry Cheese Pasta

Salam petang sabtu...tengah buat apa tuh...mesti tengah beristirehat, xpun mengelamun ke...xpun jalan2 cari makan or window shoppping...ooh i liiikkeee...hehee..tp hari ni akak x pergi mana la cuma nak pergi rumah adik japgi nak hantar kuih sikit...heheee... Pagi ni bz sangat lah mcm biasa mengemas segala....Dah lama sungguh akak x masak apa-apa pasta kat rumah...so hari ni layan pasta laaa....jom layan la eh...xleh lama2 nih...hehe...masak sempoi2 jek...ala2 tekak melayu + mamak la gitu...nak sebut Pasta Mamak pun ok la kot...tp ada cheese...hahahaha, xleh gak kan..so akak namakan dia Curry Cheese Pasta...ok? Layaaann..

CURRY CHEESE PASTA
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 250 gm elbow pasta (atau apa2 pasta pun boleh laa)
  • air secukupnya untuk merebus pasta
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 4 ulas bawang putih - dicincang
  • 1 biji tomato - dicincang
  • 1 biji lada benggala hijau - dipotong dadu
  • 2 tangkai cili merah - dipotong serong
  • 15 - 20 biji meatballs - (atau ikut suka byk mana) - dibelah 4
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar tomato puree
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1/4 sudu kecil lada hitam yg dikisar
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 3 sudu besar parutan cheddar cheese
  • garam secukup rasa
  • minyak zaitun untuk menumis dan untuk titis dlm air rebusan pasta
Cara Memasak:-
  1. Didihkan air dalam periuk, masukkan sedikit garam dan beberapa titis minyak zaitun serta rebus elbow pasta hingga lembut. Angkat dan ketepikan (boleh juga oleskan minyak zaitun selepas ditoskan).
  2. Dalam kuali, panaskan minyak zaitun dengan api sederhana dan tumis bawang besar dan bawang putih, kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan tomato cincang, serbuk kari dan meatball, kacau sebentar.
  4. Masukkan sos cili, sos tomato dan tomato puree serta sedikit air. Kacau sebentar biar meatball masak.
  5. Masukkan garam secukup rasa, lada hitam, lada benggala dan cili merah. Kacau.
  6. Masukkan pasta dan tabur serbuk lada sulah, kacau hingga rata dan mesra, seimbangkan rasa.
  7. Masukkan cheddar cheese dan tutup api. Gaul cheese biar bersalut rata dengan pasta.
  8. Bolehlah dihidangkan.
minum dengan Sunquick Juice jek...ok la kan..

11 comments:

Nazrah said...

kalau sudu dan garpu pun cantik..tentu makan sedap

ღ❤❣::A.J.M::❣❤ღ said...

heheee... actually tu macaroni... klu pasta tu actually keluarga die la...

nmpk sedap ... nk try nanti...

fara dean said...

mmg sesuai dgn tekak melayu..emm..yummy!!

Kak Sam said...

Assalamualaikum..
Kretip le kak ummi ni. Boleh dicuba ni sbb kat umah tekak org melayu belaka.

CikGu NOr said...

salam ummi...bestnyer kalau dapat rest petang sabtu ni..tp sampai ke malam pun blum rehat lg ni..arap2 esok buleh la rest sepenuhnya..kalaula berjiran ni lama dah p hulur pinggan ni..hhehe

Azian Elias said...

Mcm bentuk makaroni gak lah ye.Lama dah tak makan.

K.Nor said...

lorr nor tengok set sudu tu kat langkawi dulu mmg berkenan sgt. nak beli utk set 12pcs tp tak cukup set dah.. tak ada sudu makan dan garfu kecik.. frust sungguh.. huhu..

Ummi said...

Nazrah -
Alaahaaii sudu garfu biasa2 jek duk pakai tuh...murah2 punya...makanan yg pentingnya..hehe

Embun -
Pada akak,ini dari kategori pasta tp jenis elbow...macaroni lebih besar bentuknya bila sudah direbus dan ada lorek2 lurus..elbow licin jek...

Faradean -
Aah dah jens tekek melayu kan..makanan mat saleh perisa melayu gak..hehe

Kak Sam -
Alaaa xda kretif apapun, ikut tekak jek campak2...tp mmg ngam la, sbb hb kureng sikit style mat saleh..haha

Cikgu Nor -
Memang pun, kalau duduk kat rumah xpernah habis kerja...xda masa nak rest...tp kena cari masa untuk diri sendiri kan..

Yan -
Aah ni elbow pasta, licin dan kecil sikit dari macaroni..

Nor -
Looohhh cian..hahaa, Ummi pergi Langkawi pun x beli sudu, duk beli pggan mgkuk, tp bila pergi ke Pengkalan Kubur thn 2007 dulu baru nmpak dan terminat kat sudu pulak..so pi Pengkalan Kubur je la Nor...harga x jauh beza pun..Ummi beli set 12 psg jek sume jenis sudu n garfu makan, sudu n garfu kecil dan pelbagai sudip..dah lama pun beli, now ntah pattern lain lg cantik la Nor..

Liza @ Adzriel AB said...

pasta ni favorite saya kak ummi

azila said...

hari sabtu mmg hari bz kan k.ummi..pasta pon oklah, sedap sgt nampak tus:)

Ummi said...

Adzriel AB -
Yup...akak pun suka, bgus kalau nk diet..hehehe..tp selalu hancusss nmpak nasi..hahah

Azila -
Aah la Zila..x menang tgn keje rumah ni..aah tu jek akak masak utk brunch, pstu petang gi rumah adik, siap dinner sana lak..haha