Tuesday, January 11, 2011

Samosa Daging Inti Sedap

Salam...dah makan malam ke belum tuh...akak x masak pun malam nih...badan mmg x sihat sangat, hidung lak tersumbat...adeeeii....mata mcm nak tertutup layu jeeekkk...huhuuu...Ni pun gagah jgk la masukkan entry untuk sarapan hari sabtu kelmarin sebenarnya...byk sangat entry lama tertunggak, so dah bersambung2 tertundanya...so cuci mata la eks...Banyak gak akak buat, ni habiskan 2 paket paratha jenama Kawan tu laaa...family adik datang bertandang nak ziarah Aiman la kiranya...so akak jamu ni...sedaaaappp, kata anak2 buah n adik lelaki akak...ntah la..tekak akak x dpt nk kata apa. Resepi asal tengok kat rumah Noreen guna pastry puff, jadi akak derhaka sikit laaa, guna paratha puff Kawan dan akak buat style macam step di gambar bawah ni..., ala2 terajin la pulak wat camni n rajin nak ambik gambar cara2 kat bawah tu...cuti2 boleh laaa...byk masa sikit...

Satu lg nak bgtau, inti samosa ni mmg sangat sedap, ala2 rendang pun ada rasanya....So akak letak nama resepi panjang sikit, senang nnt nak recall...Apapun, thanks Noreen, Ummi C n P kat sini eh...

SAMOSA DAGING INTI SEDAP
Resepi: Noreen
Dirujuk Oleh: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan:
  • 1 frozen puff pastry dough - dipotong kiub/kecil (*akak guna onion paratha puff jenama Kawan)
  • 450gm daging cincang (minced beef) - boleh digantikan dengan ayam atau lamb cincang
  • 2 biji ubi kentang saiz besar - dikupas kulit
  • 1 cawan kacang peas
  • 2 camb minyak untuk menumis
  • 1/2 camt jintan putih (cumin seeds)
  • 1 helai bay leaf - crushed
  • 2 labu bawang besar - dipotong dadu atau dicincang
  • 4 ulas bawang putih - crushed
  • 1 camb chopped/minced ginger - yang siap dijual dalam botol kalau tak ada bolehlah ditumbuk sehingga halus
  • 1/2 camt serbuk lada hitam
  • 1 1/2 camt garam atau secukup rasa
  • 1 camt serbuk jintan putih (ground cumin)
  • 1 camt serbuk ketumbar (ground coriander)
  • 1 camt serbuk kunyit (ground turmeric)
  • 1 camt serbuk cili (chili powder)
  • 1/2 camt serbuk kulit kayu manis (ground cinnamon)
  • 1/2 camt serbuk buah pelaga (ground cardamon)
  • 2 camb daun ketumbar yang telah dihiris halus
  • 2 camb lada hijau yang telah dicincang halus
Cara-cara:
  1. jerangkan air di dalam periuk dan taburkan sedikit garam
  2. biarkan sehingga mendidih
  3. kemudian masukkan ubi kentang dan kacang peas
  4. rebus sehingga kedua2nya lembut
  5. setelah itu toskan dan lecekkan kedua2nya sehingga hancur. ketepikan
  6. panaskan minyak di dalam kuali
  7. tumiskan bay leaf dan jintan putih sehingga keperangan
  8. kemudian masukkan bawang besar dan daging cincang
  9. gaulkan rata sehingga daging bertukar warna lebih kurang 5 min
  10. masukkan pula bawang putih, halia dan gaulkan rata
  11. setelah itu masukkan serbuk lada hitam, garam secukup rasa, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, serbuk buah pelaga dan serbuk kulit kayu manis
  12. gaulkan semua bahan sehingga sebati
  13. masukkan pula ubi kentang dan kacang peas yang telah dilecekkan tadi
  14. gaulkan rata
  15. akhir sekali taburkan daun ketumbar dan cili hijau
  16. gaulkan sebati dan angkat letakkan ke dalam mangkuk
  17. biarkan sejuk
  18. taburkan sedikit tepung di atas papan pencanai
  19. ambil satu kiub puff pastry yang telah dipotong secara kecil
  20. canaikan menjadi bentuk empat segi (lihat gambar)
  21. letakkan satu sudu besar inti dan lipatkan bucu ke bucu (lihat gambar)
  22. basahkan jari dengan sedikit air dan tekankan supaya melekat dan tidak terbuka apabila di bakar
  23. lakukan sehingga habis dan susunkan di atas baking tray yang telah digris atau dilapikkan dengan non-stick paper
  24. bakar pada suhu 180C selama 25 min atau sehingga keperangan
  25. bolehlah dihidangkan panas2 untuk minuman petang

note: inti memang sedap. kalau tidak mahu menggunakan puff pastry bolehlah digantikan dengan samosa sheet. cara membungkus ikut suka masing2.


jemput mamaaammm....hehe

17 comments:

Unknown said...

salam..
kak ummi...sedapnya nampak puff beef kak...
walau kak tak ada samosa sheff, kak jadikan ianya sesedap yang boleh..
kak ummi...banyak juga guna bahan-bahan yer...
nanti ayu nak cubalah..kalau tak dapat...ayu nak suruh cmg buatkan lah...hehehe

Unknown said...

Hey,

Love beef...Love them...So cute and perfect they are...:)

Dr.Sameena@

http://www.myeasytocookrecipes.blogspot.com/

ICook4Fun said...

Ummi, i pun buat something similar tapi inti tuna ha ha.. nanti I post later. Next time I nak buat ni pulak tapi when I see the list of ingredients I takut pulak :)

Ummi said...

Ayu Citarasa Rinduan -
Wkmsalam, hahaha..alah nampak jek panjang, tp bahan semua senang, kena pulak kalau susun botol2 tu dekat2..haha, capai aje ler..

Prathap -
Hello, Hi...thanks for visiting...hope you can give a try also...2 thumbs up!

Gert -
Hehe..kita exchange la ya.. Gert, it's just a simple and ez to find ingredients...kalau u susun semua bahan dekat2, just capai jek and it's worth it!

aidah said...

Salam Ummi,
ni I dtg bawak penyapu segala. Nak tolong bersih kat mana ni, hehehe. Jgn lupa ye Beef Samosa tu sepiring

K.Nor said...

wahh dlm tak sihat tu!! dah gi makan ubat, pastu rest dan tidur! hehe

Azlita Aziz said...

sedapnyer... kak ummi...
mintak la ita seketul.... comel2 munga2...

Mat Gebu said...

Malas arghh nak buat..akak buat kan jelahh..eks..tapi nak isi ketam okey..wahh demandd...hehe

asmar said...

Salam K Umi. Best nya samosa ni. Ada pulak cara buatnya. Ni yang saya suka ni.

Ctnaemah said...

sedapnya..mesti buat tapi kita nak letak daging + isi ketam..CMG dh bg idea tu!..hehehe

Mas said...

cantik la puff tu kak ummi...gerenti seedap kan sebab inti daging....nnti nk wat puff gakk..

Ummi said...

Aidah -
Waaaah tolong sapu sawang kat FB eh..pi amik kat sana la...sini nak jamu org lain...hehehe

Nor -
Hehe...x madan eh..X makan ubat apapun, x jumpa doctor pun lgk..selsema sikit je..hehe, x masak pun smlm, order kat 1-300-88-2525 jek smpai depan pagar...ekekeke

Azlita -
Comeiii ke...yg penting rasanya sodappp...kan kan..

Mat Gebu -
Hah, x kuasa nak layan..ko lg byk masa duk rumah tu..pi la buat, ikut ko la nk letak isi ketam ke, sepit ketam ke...hahahha

Asmar -
Wkmsalam..senang jek cara nak buat ni Asmar, akak kalau cuti2 sempat la nak snap cara2 n letak gambar segala...xpun hari kerja xdan..hehe

CTNaemah -
Hahaha...letak la apa2 pun ikut tekak kita kan, kan...

Mas -
Cantik apanya laa...nak cepat2 jek buat tuh...janji sedap...eh, mmg sedap..haha

Deliah's Deli said...

salam kak...alhamdulillah aiman dah sihat..leh mama dia berkreativiti di dapor smula :) cantik puff tu!

Ummi said...

Deliah -
Wkmsalam...alhamdulillah..Mama pulak mcm nak demam...kurang2 jgk lg ni ke dapur..mcm penat semacam jek..huhu

Mama Gee said...

Salam....sungguh menarik pai samosa ni.....nak cuba jugaklah untuk minumpetang......

Ummi said...

Mama Gee -
Wkmsalam...kalau x menarik pun x kesah, janji sedap kan...cuba laaa, adjust ikut tekak pun xpa...

Mama said...

salam kak umi...slalu gak terjeling kat komen n gambar kat page cik mat...k.rima n others...ni baru jer Mama pesttime gledah dapo akak...mmuuuahaha...sungguh lah sronok nengok resepi resepi n cloteh kak umi...
p/s : pratha yg bulat besar tu ke??
tak paham plak bab bab mencanai
prata tu??? how??

eekkkss...kite kat sini
mamamunny.blogspot.com