Thursday, January 27, 2011

Marilah Sama-Sama Kita Mendoakan


Salam buat semua....pagi ini akak mendapat berita sedih dari salah seorang rakan blogger masakan kita iaitu Jun (JC East Meets West Kitchen) yang menetap di Orlando sekarang sedang berada di dalam kesedihan yang teramat berikutan dengan keadaan kakak (Along) beliau, berusia baru 39 tahun telah disahkan oleh doktor menghidap breast cancer tahap 4 dan informasi doktor dari segi perubatan, hanya mampu bertahan selama 3 bulan sahaja. Kakak beliau merupakan seorang ibu tunggal yang membesarkan sendiri 5 orang anak-anaknya. Sungguh sedih bila terkenangkan anak-anak yang tentunya masih kecil dan muda lagi jika apa-apa berlaku kepada ibu tersayang ini...

Sudi apalah kiranya kita sama-sama mendoakan semoga kakak beliau menemui penawar dan harapan untuk pulih ke tahap yang baik dengan keajaiban dan keizinan Allah swt. serta berkat doa kita rakan-rakannya jua yang sama2 bergurau-senda, bertegur-sapa...mana mungkin membiarkan sahabat dalam kesusahan berat seperti ini....Sungguh tak dapat dibayangkan dengan mereka yang diuji sedemikian rupa....huhuuuu...sub, sub...

Kepada Jun, akak doakan Jun diberi juga kesempatan untuk balik ke Malaysia dan bersama-sama dengan kakak yang disayangi, insyaAllah....Untuk kisah selanjutnya, sila ke Orlando eh....

8 comments:

MamaFaMi said...

Tersentuh baca berita ni. Mama juga ingin mendoakan yang terbaik buat Jun dan juga kakak beliau. Semuanya urusan Tuhan, kita hanya mampu mendoakan yang terbaik sahaja buat mereka. Amin.

ibu iEmA said...

Simpati degan dugaan yg dialami ini....Semoga Jun dan kakaknya dapat harungi ketetapan Ilahi ini dgn seribu ketabahan...sesungguhnya segala yang berlaku mengandungi seribu hikmah di sebaliknya....dan kita hanya mampu berusaha dan berdoa ...DIA yang menentukan segalanya...

iNtAn aIzaN said...

Semoga sahabat akak tabah hadapi ujian nie

Sedih kite mendengarnya, lagi berat org yg menghadapinyer. Kite sbgi teman seharusnya bersamanya menghadapi ujian nie..beri semangat sekurang2nyer

teringat pesanan ustaz dulu, Allah tidak akan menduga hambanya jika hambanya tidak mmpu menanggungnyer
Allah maha mengetahui :)

ejaMaria said...

doktor mmg bole meramal... tapi kalau pesakit tu kuat semangat... kuat ketahanan mental... insyaAllah dia bole sembuh... breast cancer adalah penyakit yg bole diubat... org keliling yg menyayangi kakak kak Jun mesti bagi full support supaya kakak kak Jun berjaya melawan sakit dia...

Unknown said...

amin...insyaAllah dgn izin Allah semoga dapat baik dan menjalani kehidupan untuk membesarkan anak-anak.

azian said...

kak ummi...
sedih la bila dengar org sakit2 ni kak....semoga ahli keluarga dapat memberi semangat...amin...

Sue Suraya said...

Salam kak ummi,
Sue tak kenal kak jun ni tapi sebagai sesama manusia, mmg tersentuh baca kisah ni, dari kejauhan ni sue juga doakan agar dia (kakak kak jun) diberikan penawar dan dipanjangkan usianya demi untuk menjaga anak2 dia, dan jalani hidup seperti biasa. Tuhan maha adil, apapun yang terjadi ada hikmah disebaliknya, kita sebagai manusia hanyu mampu meminta dan berdoa, amin.

Orchid said...

Salam kak ummi,

terasa terusik membaca kisah sahabat kak ummi nie..diharap kak Jun tabah berikan semangat dan kekuatan kepada kakak tersayang...doktor hanya meramal...tapi kekuatan dan semangat serta sokongan yang tinggi dari keluarga, sahabat2 org2 disekeliling juga adalah penawar..
dulu saya pernah diramal sebegitu oleh doktor...tp alhamdulillah kini sudah 4 tahun saya lalui jerih derita ini..kini saya lebih menhargai & serta lebeh menyayangi diri sendiri.. ;)