Saturday, January 15, 2011

Cucur Udang Enak

Salam semua....mesti semua tengah bz kan, kemas2 rumah xpun ada yang dah keluar jalan2 dengan family, tp akak x gi mana laaa...ada projek sikit nak kena buat...hehe... Pagi ni just sarapan dengan cucur udang kegemaran hb dan anak2 laaa...maknya pun! Banyak kerja lg nak buat nih...so layan dulu la eh...Sungguh sedap dan rangup di makan panas2 or sedang2 suam tuh...cicah lak dengan sos cili thai jek...malas nak wat sos dah....perut berdondang sakan dah...Aiman hentam sampai 6 ketul sebesar tuh...hb pun x kurang mengalahnya, katanya enak, so akak letak cucur udang enak la namanya, ikut tekak memasing la kan, kalau nak tambah taugeh ke ikut suka, diaorg ni xnak. Ok, laayyyyyaaannn..

CUCUR UDANG ENAK
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • 1 biji bawang besar - 1/2 diblend dgn 1/2 cwn air dan separuh didadu
  • 12 - 15 ekor udang - kerat2 dua ataupun x perlu kerat
  • sedikit daun bawang
  • 2 tangkai cili merah sederhana ( dihiris halus-halus)
  • +- 3 cawan air atau secukupnya
  • minyak untuk goreng terendam
Cara-Cara:-
  1. Dalam mangkuk besar, satukan dulu semua bahan-bahan kering dan garam, gaul rata.
  2. Kemudian tuangkan sebahagian bawang yang dikisar dan masukkan air. Kacau rata.
  3. Kemudian masukkan sebahagian bawang dadu, daun bawang, cili merah dan udang. (boleh jugak letak udang sekor2 atas adunan semasa hendak dimasukkan ke dalam kuali)
  4. Gaul mesra bahan-bahan semua. (adunan mmg dikira lembik dan sedikit cair)
  5. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali, sendukkan adunan cucur dan tuang dari tepi minyak dlm kuali biar adunan jatuh dan terendam ke dalam minyak.
  6. Balik-balikkan cucur biar sama rata masak hingga kuning keemasan. Angkat dan hidang dengan sos cili thai atau sos kegemaran. Selamat Mencuba!

7 comments:

ainhany said...

salam pn ummi.

sedapnya ...byak jenis tepung upernya patutlaa best..
terima kasih berkongsi..ain nak mmcuba...blehkan??

Mas said...

tengok pun dah tahu sedapp...
k.ummi..cantik la bekas letak cucur kt gmbr atas tu...beli kt mana bekas tu...

Mama Gee said...

Salam Ummi...yelah nampak je sedap tentu rasanya lebih sedap..Haah pakai 3 jenis tepung ya? Mama Gee pun nk tanya cantik piring hidangan tu...mana beli?

CN said...

Salam...sedapnyaaa!!!

nor64 said...

salam ummi..nampak pun tau cucur udang ni rangup..akak pernah juge tanya restoren yg masak cucur udang yang rangup2 macam ni...depa kata mmg bubuh tpg beras sikit..dan lagi satu depa bancuh guna air panas..mmg garing..apapun akak copypaste resepi ummi ni ye..tq2..

ijan said...

Salam Kak Ummi cayanggg,
Nak cucur udang jugak boleh tak???? ini cucur udang MrFaiz kalu, mau dia makan sampai kembung perut. hehehe... tak pernah try letak tepung beras. nanti bleh cuba resipi akak ni :)

lena said...

hi ummi, this cucur udang looks very good nice and bet this is crispy too. hope i can learn more malay cooking from here and thanks for following!