

TAK CUBA TAK TAHU,
DAH CUBA TAK CUKUP SATU...hehe
DAH CUBA TAK CUKUP SATU...hehe

Resepi: AlongRoz @ HomeKreation
BAHAN-BAHAN: (loyang 9 x 12 in)
- +/- 400g Sagu
- Pewarna Merah
Lapisan Atas:
- 160 g Tepung Beras
- 200 ml Santan Paket (*akak guna santan serbuk + 200 ml air)
- 800ml Air
- 1 sb Pes Pandan
- 1 st Air Kapur
- 1/2 st Garam
Kuah Santan:
- 200ml Santan Paket (*akak guna santan serbuk + 200 ml air)
- 250ml Susu Segar
- 1/4 tsp Garam
- 5 sudu besar gula merah (*akak adjust guna gula melaka )
- 3 sudu besar Gula
- Daun Pandan

CARA-CARA:
- Rendam sagu dgn air & pewarna merah sehingga kembang lebih kurang 10 min.
- Letakkan ke dlm bekas casserole & masukkan air secukup nya sehingga sagu terendam (Along lupa nak sukat air tapi agak2 dlm 3/4-1 cwn) (*akak bahagian kepada 2 loyang dan kukus berasingan - setiap satu selama 15 minit sahaja)
- Kukus 20 min.
- Campurkan kesemua bahan-bahan lapisan atas sehingga sebati. Kacau atas api perlahan sehingga pekat sedikit. Tuangkan ke atas lapisan sagu dan kukus 20 minit/bahagian atas masak elok.
- Sejukkan di suhu bilik dan kemudian dlm peti sejuk. Potong dan letak di dalam mangkuk-mangkuk kecil sebelum dituang kuahnya.
- Untuk Kuah Santan - Masak santan, susu & garam sehingga mendidih (jgn menggelegak). Sejukkan.
- Untuk Air Gula Merah - Masak gula merah, gula putih, sedikit air (biar nnt agak pekat) dan daun pandan hingga mendidih dan gula larut. Sejukkan.
- Hidangkan lompat tikam sagu bersama kedua-dua kuah tersebut. ENAAAAKK BANGAATTT!