Friday, July 31, 2009

Oat Prawns With Marmalade Sauce


Sori lambat letak entry, igt nak posting tengahari td, balik memasak lauk pulak, dah la x sempat. Actually, yang ni untuk makan malam kitaorg semalam, lite-lite gitu..hehe..sebab anak2 semua kenyang mkn mee jawa ptg tu..so malam Ummi buat oat prawns ni jek...weeiiii laaaa..sedap sangat2 cicah dengan sos marmalade tu....pnyalah asyik makan...mcm duk kat negeri ongputih jek..hehe...Resepi dari teruna kacak gebuss dari Kulai tu, hehe..sape lagi kalau bukan Mat Gebu...Mat, mintak halal nak C&P je ni ya..time kasih..x puas makan, kena pulak udang mmg fresh akak beli tengahari tu... Cepat pi cari Marmalade, kita buat ni...sedap lahaiiiii

Untuk Maz dan Zura, ini lah rupanya jem marmalade yang akak gunakan...ada jugak brand lain, tp akak sempat rembat yg ni jek!

Bahan:-

  • 500 g udang sederhana, besar, kupas kulit dan cuci bersih, toskan
  • 1 biji telur*
  • 1/2 camca teh garam*
  • 1 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan kacau hingga rata)
  • 3/4 cawan tepung beras
  • Oats secukupnya (kurang lebih 1 1/2 cawan)

Bahan Sos Marmalade :-

  • 2 camca besar Marmalade
  • 2 camca besar sos cili
  • 1 camca teh kicap cair
  • 1 ulas bawang putih, cincang halus
  • 2 biji cili padi merah, cincang halus
  • 1 camca teh cuka makan
  • 2 camca besar air suam

Cara membuatnya :-

UNTUK UDANG OATS :-

Udang yg telah ditoskan tadi disalut dengan tepung, kemudian telur dan akhir sekali golekkan dengan oats hingga menyaluti keseluruhan udang. Buat sampai habis. Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan, jangan goreng banyak2, cukup 10 - 12 ekor sekali goreng. Angkat toskan minyak dan letak atas paper towel. Buat hingga siap dan hidangkan bersama sos marmalade.

UNTUK SOS MARMALADE :-

Satukan semua bahan2 sos dan kacau hingga rata dan sebati. Rasa dan jika ok boleh dihidangkan bersama udang tadi. Jika tak de marmalade, boleh juga guna jem apricot...Selamat mencuba!!!!

Kek Pulut Hitam

Semalam akak try buat kek ni..dah lama sangat salin resepi naik lusuh dah kertasnya pun dan tepung pulut hitam akak beli pun dah lama jgk, nsb baik tengok, expired bulan October nnt..hehe....Rasanya sedap, ada kelainan...masa bakar kek ni, punyalah wangi bau dia...naik selera xsabar nak merasa....Sape nak try, meh salin resepi Loveliana@MyR tu..
Bahan A:-
  • 5 biji putih telor
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 sudu teh garam

Bahan B:-

  • 5 biji kuning telor
  • 100 ml santan pekat (*akak guna santan kotak je)
  • 75 ml minyak masak
  • 150 gm tepung pulut hitam
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
Cara-Cara:-
  1. Masukkan semua bahan B dalam mangkuk dan kacau guna whisk saja sehingga sebati dan tidak berketul-ketul. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, pukul bahan A dengan kelajuan tinggi sampai stiff (bertanduk).
  3. Kemudian ambil sedikit (1/3) dari bahan A dan masukkan ke dalam mangkuk B. Kacau dengan spatula plastik perlahan-lahan.
  4. Masukakn lagi kesemua bahan A dalam B dan kacau sebati.
  5. Siapkan loyang chiffon (x perlu alas dan sapu mentega)/atau loyang tin 9 inci yang digris dan dialas, tuangkan adunan tadi.
  6. Bakar pada suhu 180C selama lebihkurang 50 minit (akak set 45 minit je, ok)
  7. Setelah masak, terbalikkan acuan dan biarkan sejuk barulah dipotong.

Thursday, July 30, 2009

Mee Jawa - Resepi II

Arini Ummi masak mee jawa je untuk lunch anak2 kat rumah...menu ni memang sempoi, nak masak pun sekejap je...rasanya 25 - 30 minit dah siap semua..tp kena cekap la kan..hahaa...semua dapur kena nyala api, rebus telor, celur mee, sambil menumis tu kan...Dulu dah penah buat jugak tp resepi geng MyR, tapi kali ni lagi sempoi...dari TryMasak.com pulak...Aiman makan bertambah...licin untuk tengahari tadi..kena masak pulak malam ni...alahaiii. Jom layan resepi...

Bahan:-
  • 300 gm mee kuning (celur dalam air didih dan toskan)
  • 150 gm udang sederhana besar
  • 5 tangkai daun sup - kerat2 sikit
  • 1 inci halia - hiris nipis
  • 2 ulas bawang merah - hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1/2 sudu teh halba
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 1/3 cawan air
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis*
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih* (* dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • 3 biji limau kasturi - belah
  • 2 biji cili hijau - hiris serong
  • 3 biji telor rebus - kupas dan belah 2
Cara Memasak:-
  1. Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan serbuk cili dan garam..biar sebentar dan rebus dengan 1 1/2 cawan air. Jangan lama sangat. Tutup api dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan bancuhan jintan dan kacau sebentar. Masukkan halia dan kacau hingga naik bau halia.
  4. Masukkan sos tomato dan kacau hingga pecah minyak.
  5. Masukkan udang bersama air rebusan tadi, kacau dan biarkan mendidih (boleh tambah sedikit air lagi jika mahu kuah lebih)
  6. Kemudian masukkan halba, diikuti dengan air tepung jagung. Kacau dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Akhir sekali masukkan daun sup, kacau sebentar dan tutup api.
  8. Sediakan sedikit mee yang dicelur tadi ke dalam pinggan dan tuangkan kuah mee ke atasnya. Hidangkan bersama telor, belahan limau kasturi dan cili hijau.

Air Sirap Kasturi

Panas-panas ni mmg sedap kalau dapat air sirap letak limau kasturi ni...memang lega dan hilang dahaga bila kita letak limau camni...xyah resepi la eh..bancuh je sirap ikut suka tekak masing2 n letak limau kasturi...kalau letak limau sunkist pun sedap!! Saja la bancuh wat makan dengan mee jawa tu...Jemput minum...


Wednesday, July 29, 2009

Milk Shake Chocolate

Meh segarkan tekak dengan milk shake chocolate nih!!! Sungguh sedap...x terkata...gabungan bahan yang memang serasi...sekejap je licin..my kids tibai sekelip mata je...Resepi ambik dari TryMasak.com tu...

Bahan:-

  • 5 cawan susu segar
  • 7 keping biskut coklat krim (*akak guna Oreo)
  • 4 skop aiskrim vanila
  • 1 cawan coklat cair (*akak guna Hershey's Syrup)
  • 2 sudu besar whipping cream

Cara Menyedia:-

  1. Patah-patahkan biskut coklat dan kisar sehingga hancur.
  2. Kemudian masukkan kesemua ke dalam pengisar - aiskrim, coklat, krim putar, susu dan juga kisaran biskut tadi.
  3. Kisar sebati semua bahan. Tuangkan ke dalam gelas.
  4. Biarkan sebentar hingga milk shake ni akan nampak terbahagi dua dengan sendirinya di dalam gelas. (*akak letak lagi 1 skop aiskrim sebelum slurrrpppp...aaahhhh, nyamannya...)

Baby Kailan With Oyster Soy Sauces

Dua tiga hari ni badan cam lomah yooo....macam x cukup rest je...rasanya sejak sebulan ni hampir every weekend xduk rumah...ada je hal, dari hantar my dottter ke Segamat aritu..pastu next weekend ada fmly adik datang rumah pulak..then pergi KL, pastu weekend baru ni balik kenduri cousin lak kat Temerloh..alahaiii, penat betul rasa...masak sempoi2 je laaa...baru malam tadi start masak sebab ada anak2 dara balik ke rumah...Najwa kena balik sebab Uitm Segamat pun kena tutup 1 week coz of H1N1 tu...Najiha kebetulan memang tengah semester break for 1 week gak...Malam kelmarin Najwa tepon Pizza Hut je suh anta ke rumah, akak ikut je laaa..dia sian kat akak katanya..Meh la layan menu malam tadi...akak masak ikan sambal dan wat sayur kailan ni...Resepi dari dapur geng intenet gak, rasanya Kak Tun (lupa lak addressnya, nnt akak cari balik), thanks eh..
Bahan:-
  • 6 batang pokok baby kailan
  • 2 ulas bawang putih - dicincang
  • 3 hiris halia - dicincang
  • 3 sdb. kicap manis
  • 1 sdb. kicap masin (kalu xde, boleh masukkan garam)
  • 1 sdb. nampla sauce (optional)
  • 2 sdb. sos tiram
  • 1 sdk. tepung jagung (bancuh dengan 3 sdb. air)
  • 1/3 cawan air (jika nak banyak kuah, boleh tambah)
  • 1/4 batang karot (hiris memanjang)
  • sedikit minyak masak

Cara Memasak:-

  1. Cuci sayur kailan dan potong sedikit pangkalnya. Kemudian jerang air dalam periuk dan tambah 1 sudu besar minyak masak, biarkan mendidih.
  2. Susun baby kailan dalam penyejat aluminium dan masukkan dalam air mendidih. Bila daunnya agak layu, celupkan bahagian batangnya lebih lama sikit (biar masak sekata). Masukkan karot beberapa saat dan angkat. Celur asing2 karot dan kailan tadi.
  3. Setelah masak, angkat dan masukkan ke dalam air sejuk sekejap. Kemudian toskan. Susun dalam pinggan.
  4. Tumis bahan cincang dengan sedikit minyak hingga berubah warna dan naik bau.
  5. Masukkan sedikit air, kicap manis, sos tiram, kicap masin dan sos nampla. Kacau seketika.
  6. Bila mendidih, masukkan air tepung jagung dan rasa masin manisnya. (tak perlu tambah garam sebab sudah seimbang dengan gabungan pelbagai sos tadi).
  7. Kemudian tuangkan ke atas sayur kailan yang disusun tadi. Siap dihidang.

Tuesday, July 28, 2009

Bingkisan

First of all, Ummi nak ucapkan terima kasih kepada Nor67 atas kesudian menghantar bingkisan khas ini. Bingkisan ni diterima oleh budak ofis semasa ketiadaan Ummi dan sampai ke tangan Ummi selepas balik dari KL last week, pastu bz sesangat minggu lepas sebelum balik pulak ke Temerloh...Ni baru sempat nak letak entry....Al kisahnya, tengok Nor buat Pai Tee hari tu..Ummi duk YM dengan Nor, dia tanya Ummi nak ke acuan tu..malu2 kucing pulak Ummi jawab...Pastu, Nor duk tanya lagi nak kirim apa2 lagi ke...tapi Nor dengan baik hatinya sudi membelikan acuan ni serta serunding ikan yang dikirim...Thank you so much Nor...baiknya hati dia, siap kirim keropok dan rempah ratus lagi...alahaaiiiiii, naik segan akak dibuatnya...Apapun, semoga silaturrahim tidak terputus di sini saja, ada jodoh ingin bertemu pula...muaahhhh..Tapi ntah bila la nak buat Pai Tee tu...

Rempah gulai kawah dan gulai nasi minyak...

keropok keping...dah luak separuh dah kena goreng kelmarin..

Tanda Kenangan dari Geng Blogger KL

Biarpun entry ni agak terlewat kerana kebzian tahap gaban minggu lepas...tetapi rasanya masih sempat Ummi nak ucapkan terima kasih kepada geng2 blogger KL yang sempat Ummi jumpa hari tu dan siap bawa hadiah lagi untuk Ummi...To Inahar n Kak Intan, kesudian melapangkan masa dengan Ummi sangat dihargai...so nice of uols....Ina walaupun sibuk di klinik, tetapi kedatangan Ummi rasa sangat dihargai di klinik Ina tu...Buat Kak Intan, walaupun bz, sempat meluangkan masa dan sangat suka bertemu muka dengan Kak Intan, walaupun sebelum ni Ummi jarang2 berkunjung ke blog Kak Intan...To CT, nnt jadi baju, akak kena tayang la eh..thanks, muaahh..muaahh.. Kak Ina, thanks a lot for those lovely gift...walaupun perjumpaan tidak diatur dan secara tergempar saja, ada yg masih sempat menghulur tanda kenangan ini...appreciate it so much!! Maaf la, sebab Ummi x sempat nak bagi apa2 pun, igt x jadi jumpa dah...insyaAllah lain kali jika bertemu lagi...
Piring bunga padi hitam dan bunga kangkung yang comel, cawan bunga ros dan fridge magnet ni dari Kak Ina...very the cantikkk uuu...Kak Ina, nanti bagi lagi eh...heheee...so nice of you...

cawan bunga ros...suka, sukaa....hehe

fridge magnet pun dapat gak..thanks Kak Ina!

Kenangan Merempit Dengan Kak Ina KL

Ni entry yang agak lama tertunggak..baru sempat nak letak...Hari tu pergi KL lepas Ummi jumpa dengan Kak Ina, Kak Intan, CT dan Doc. Inahar, Kak Ina sempat bawak Ummi pergi merempit jap ke Pasar Pudu...bersungguh betul Kak Ina nak bawak Ummi ke situ..dan hasilnya, terpaut jugaklah koleksi pinggan mangkuk ni...Thanks to Kak Ina yang sanggup bersusah payah, memang terpaut terus dengan piring kuih comel leper dan kecil berbunga kangkung ni..cukup murah..Lepas Kak Ina hantar Ummi balik ke rumah adik di Gombak, adik Ummi pulak berkenan dan tanya kenapa beli sikit sangat. Aah..apasaii Ummi amik 6 keping je eh..kuat iman gak la ni eh..heheee...Adik pun kata, nak gi cari gak la piring comel ni..
Cantik tak...kena sangat kalu letak pulut sambal dalam piring ni..or kuih2

Pinggan bujur bunga kangkung hitam ni, x banyak dah tinggal..kena pilih2 yang elok sikit.

Mangkuk ni pun tinggal beberapa biji je masa Ummi beli tu...cukuplah satu dulu..

Cantik kan...

Saturday, July 25, 2009

Nasi Halia Kuning

Ok, ni entry tergesa-gesa ni sebab akak kena balik kampung la pulak, kenduri sepupu kat Temerloh tu, kali ni pasangan kembar (sikakak) pulak yang kahwin..Cam bese..tugas rasmi bawah khemah pengantin, huhuuu...Permintaan khas dari makcik akak ni...duk telepon berpasal dah haritu...Ni menu semalam la yaa..masak special tetapi menu senang, mudah, cepat, lazat....hehee...Memang sedap nasi ni..letak halia, sesuai untuk orang yang banyak angin...buang2 mana yang patut..wakakaa...Resepi asal dari Trymasak.com tapi aka ceduk dari dapur Sakuraiman ni dah lama akak simpan, baru ni baru buat. Thanks Sakura@Emilia..


Bahan:-
  • 2 cawan beras basmathi - basuh dan toskan
  • 1/2 sudu besar halia - dihiris memanjang
  • 1/4 sudu besar bawang putih - dicincang
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 kiub pati ayam
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
  • 6 cawan air/secukupnya untuk memasak nasi
  • 2 - 3 helai daun pandan (*ni akak saja letak, kasi wangi)

Cara-Cara:-

  1. Dalam periuk elektrik, cairkan mentega. Kemudian tumiskan halia dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan beras dan kiub pati ayam yang telah dihancurkan terlebih dulu diikuti dengan air secukupnya. Kacau sebentar.
  3. Tambahkan serbuk kunyit/pewarna kuning dan kacau rata.
  4. Kemudian angkat periuk dan letak dalam rice cooker dan biarkan nasi masak. Balik2kan sebaik saja nasi kering dan biarkan nasi masak.
  5. Hidangkan bersama ayam masak merah, acar nenas dan keropok.

Ayam Masak Merah

Semalam akak masak nasi halia kuning makan dengan ayam masak merah ni dari buku resepi Chef Hanieliza lagi...hehe...sempoi dan menyelerakan...Meh tgk resepi terus laaa...
Bahan A:-
  • 1 ekor ayam
  • 1 labu bwang besar (dipotong gelang)
  • 2 sudu besar sos tomato
  • minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa
  • serbuk kunyit

Bahan B (dikisar):-

  • 15 tangkai cili kering
  • 3 cm halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 batang serai
  • 4 biji tomato

Cara Memasak:-

  1. Ayam dipotong kecil dan dibersihkan. Kemudian gaulkan dengan kunyit dan garam. Gorengkan hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan naik minyak.
  3. Masukkan ayam tadi, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  4. Gaulkan ayam dengan bahan lada hingga rata.
  5. Hidangkan.

*Tips K.Liza - bagi mengatasi masalah pedih mata ketika mengupas bawang, simpan bawang yang hendak dikupas di dalam peti sejuk selama beberapa jam sebelum digunakan. Bawang juga lebih mudah dan cepat dipotong selepas dikeluarkan dari peti sejuk.

Friday, July 24, 2009

Roti Daging Bersalur Telor

Pagi tadi sempat wat roti ni wat bekal Aiman g sekolah...akak pun tibai jgk la sebelum gi ofis...kenyang sungguh, xyah g minum dah kat ofis..hehe..Resepi Dayang Jack kat MyR tu...thanks Dayang, akak C&P je eh..

Bahan-bahan ( 1 hidangan (seorang) )

  • 2 keping roti sandwich
  • 1 sudu bsr daging cincang
  • 1/2 ulas bwg besar (dicincang)
  • 1 ulas bwg putih (dicincang)
  • 1/2 camca kecil lada sulah
  • 1 sudu bsr mayonis
  • 1 sudu bsr marjerin
  • 1/2 biji cili merah (dipotong dadu kecil)
  • 1 biji telur
  • sedikit keju parut
  • 50 ml susu segar (kalau xde, guna tepung susu tepung 1 camb dan dibancuh dgn sedikit air)
  • secubit garam
  • sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris)

Cara-cara:-

  1. Cairkan marjerin dan tumis bwg2 sampai terbit bau. Kemudian masukkan daging cincang dan kacau rata2 selama 1 minit.
  2. Masukkan cili, lada sulah, keju, mayonis dan garam. Kacau perlahan (1 minit). Tutup api dan gaulkan dgn daun sup dan daun bawang.
  3. Sapukan sedikit mayonis pd roti, kemudian bubuh inti td di atasnya dan tutup kemas dgn roti yg satu lg.
  4. Pukul telur bersama susu segar. Kemudian celupkan roti dlm bancuhan td dan goreng dgn sedikit marjerin di dlm kuali leper.
  5. Hidangkan bersama segelas susu atau jus oren jika suka.

Chocolate and Orange Marble Cake

Akak buat kek ni malam kelmarin sebenarnya..macam bese lah, x sempat nk posting terus..penat2 masak, wat keje rumah segala, maklum lah anak2 dara dah xda nk tolong lipat kain, sidai kain..hehe..pastu tidur...bangun pagi gi ofis, balik ofis masak...ada masa baru posting...hehe...xpa lah lambat posting, kek ni x basi lagi..boleh la cuci mata. Ni pun separuh bawak ke ofis separuh..hehe..Tukang makan kat rumah dah xda, jamu2 la kat ofis..xpun anak2 akak balik, mmg x merasa la orang lain..Resepi ni akak tengok kat dapur Nor dan asalnya dari Sini. Apapun thanks to Nor for sharing this very nice recipe and ez to prepare...just loved it! So akak translate laa eh..hehe
Bahan:-
  • 175 gm gula castor
  • 175 gm mentega (tanpa garam) - suhu bilik
  • 175 gm tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telor saiz besar - dipukul sikit
  • 1 sudu besar fresh orange juice
  • 2 sudu teh parutan kulit oren
  • 1 sudu besar serbuk koko - dibancuh dengan 2 sudu besar air panas

Untuk Topping:

  • 100 gm plain chocolate (cooking chocolate)
  • 15 gm mentega
  • 1 sudu besar golden syrup
  • sedikit parutan kulit oren untuk hiasan
Cara Membuat:-
  1. Sediakan loyang 18 x 25 c, (7 x 10in) yang telah digris dan dialas dengan baking sheet.
  2. Masukkan gula, mentega, tepung, baking powder dan telor ke dalam mangkuk besar.
  3. Pukul dengan electric mixer selama 3 - 4 minit sehingga putih dan berkrim.
  4. Pindahkan sebahagian adunan ke dalam mangkuk lain. Campurkan dengan orange juice dan parutan kulit oren tadi. Kacau rata.
  5. Dalam adunan yang sebahagian lagi, campurkan pula bancuhan coklat tadi. Gaul rata.
  6. Tuangkan adunan oren ke dalam loyang dan diikuti dengan adunan coklat. Buat pusingan marble dengan menggunakan pisau. (akak guna chopstick je).
  7. Bakar pada suhu 180C selama 35 - 40 minit/hingga kek masak. Keluarkan dari oven dan biarkan kek selama 5 minit, kemudian keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk atas wire rack.
  8. UNTUK ICING/TOPPING: Dalam bekas tahan panas, masukkan chocolate, mentega dan golden syrup. Masak secara double boil atas dapur. Kacau selalu hingga bahan cair. Angkat dari dapur dan biarkan sejuk dan pekat sedikit sebelum dituang ke atas kek.

Thursday, July 23, 2009

Nasi Goreng Cina

Buat nasi goreng ni pagi tadi sebenarnya..buat bekal Aiman dan akak bawak ke ofis sikit, tp akak jamah je sikit, bagi budak2 ofis je makan...hehe..dah xda orang nak makan skrg, duk jamu adik2 kat ofis je laaa...Try resepi dari Kak Liza lagi..maaf la yaaa..skrg ni kena try belaka la dari buku2 resepi kak Liza tu..macam biasa laa.., semestinya sedap!! Kiranya sekarang ni dapur dah Cap Kak Liza laa...haha...thanks Kak Liza...Lagipun nak share la dengan geng2 yang x sempat rembat buku2 Kak Liza tu.. terutama yang kat obersi tu...kan, kan..Kadang2 akak buat x ikut sukatan bahan pun, main campak2 jek...so bila ikut sukatan Kak Liza ni..ngam!!
Bahan:-
  • 1 mangkuk nasi sejuk (diperoi)
  • 2 biji telor
  • 100 gm udang
  • 100 gm sayur campur
  • 1 pokok daun bawang (dipotong pendek)
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak masak

Bahan (Ditumbuk):-

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam biji

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga wangi.
  2. Masukkan telor dan biarkan sebentar.
  3. Apabila telor sudah separuh masak, kacau supaya hancur sedikit.
  4. Masukkan sayur campur dan udang. Kemudian kacau rata.
  5. Masukkan nasi dan garam. Kacau rata hingga nampak berasap dan tutup api.
  6. Masukkan potongan daun bawang dan kacau rata.
  7. Angkat dan hidangkan dalam pinggan bersama salad dan keropok. (*akak x sempat la nak goreng keropok ke apa ke..duk terkejar2 bersiap nk g keje.. :D)

Bun Pandan Berkaya

Sejak akhir2 ni macam malas betul nak menguli...hari tu gi KL survey BM, dah berkenan tp tengok yang display je tinggal, x jadi la pulak nak beli sebab tengok button BM tu macam dah fade jek, x macam baru pun...hold dulu la..Nampak gaya kena cari kat kedai letrik di area Kuantan la nampaknya kalau ada..Tapi dalam malas2 tu, bila tengok bun pandan kaya ni kat rumah Hana tu, cam teringin la pulak nak makan roti... so layaan jugak laa....memang gebuusss n lembut sesangat la...cuma ada adjust sikit la tepung, maybe bila uli dgn BM cap JARI ni..kena la tambah sikit tepung, xpun bercantum semua jari2 ku...wakakaa..tapi akak guna pandan paste import dari Indon yg akak beli kat Bake Mate tu, apasaii hijo sangat eh...
Walaupun terlebih garing sikit atasnya, hubby cakap best. lembut sgt.., akak buat satu loyang, separuh bawak kat adik2 di ofis..semua kata best..hehe...Resepi asal dari Mat Gebu, pernah jugak buat yang terdahulu, tapi yang ni lagi bessshhhhh...pueh hati..hehe..So akak C & P dari dapur Hana je la ya...halal ya CMG n Hana..
Dah la tergaring sikit, pastu pandan paste dari Indon ni macam terlebih hijo jek, sukatan sama je..e e leeii..tp rasa maintain..
Bahan-bahan:-
  • 350 g tepung roti (high protein flour) (*akak tambah sikit lg dlm. 15gm)
  • 200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
  • 50 g gula halus
  • 1/2 camca teh garam halus
  • 3 camca teh instant yeast
  • 1 camca teh bread improver
  • 20 g serbuk santan
  • 1 camca besar susu tepung
  • 1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
  • 30 g mentega
  • 1 camca teh pandan paste

Bahan hias:

  • Kelapa kering secukupnya - Akak pun tabur bijan
  • Seri kaya secukupnya
Cara-cara:-

UNTUK DOH :

Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut). Tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam.

KAEDAH LAIN :

Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...

LANGKAH SETERUSNYA:-

  1. Tumbuk2 doh untuk membuang udara.
  2. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar.
  3. Bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
  4. Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya. (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (mat bakar 30 minit)...Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Lepas tu boleh lah makan. Air kopi/teh jgn lupa yeaa...

Wednesday, July 22, 2009

Asam Pedas Bungkus

Haiii...memanglaaa...Senangnya Memasak Bersama Chef Hanieliza ni...dah la mudah, ringkas pastu sedap wallaaaaahhhh...betuiiiii...Betul kata Mamafami, dapat je buku2 ni..semangat nak memasak mmg ada lagi "up" tauuu...kan, kan Mama...hehe...Camne nk diet nih! Kak Liza, time kasih la banyak2 eh...muaahhh! Meh, meh pakat buat...salin resepi cepat, adik-adik, kakak-kakak (ada ke?) n abang adik(sorang je la kot..Mat kan..hehe). Tapi xleh nak C&P la pulak..kena taip lahaiii..tu yang ada sikit malas tu..haha
Bahan A:-
  • 400 gm ikan pari (akak tukar ikan tenggiri 2 keping tebal)
  • 1 cawan jus asam jawa
  • 3 tangkai daun kesum
  • 5 tangkai daun ketumbar
  • 1 batang serai - diketuk
  • 6 biji bendi (*akak x letak, tukar nenas sikit)
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):-

  • 15 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk (*akak letak 1 cm kunyit hidup)
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga naik minyak.
  2. Masukkan air asam jawa, garam, daun kesum dan biarkan hingga mendidih dan pekat.
  3. Susunkan ikan, bendi, tomato, serai dan daun ketumbar di dalam alluminium foil. Tuangkan kuah yang dimasak tadi, bungkus dan lipatkan.
  4. Masukkan ke dalam kuali dan panaskan selama 20 minit.
  5. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan ikan masin.

* Tips K.Liza - selain memasak di dalam kuali, boleh juga dimasak dengan microwave dan bakar pada suhu 200C selama 20 minit. Ia juga boleh dimasak secara kukus selama 30 minit. - (Nanti akak try semua2 cara nih...hehe)


Tuesday, July 21, 2009

Sotong Goreng Berempah

Meh semua masak sotong berempah Kak Liza ni meh...sapa2 yang belum dapat buku resepi Senangnya Memasak Bersama Chef Hanieliza, xpa..meh kongsi je kat sini...ringkas, mudah dan sedap semestinya...Kak Liza punya resepi memang menggunakan bahan2 yang x payah kita semua nk kena selongkar kat pasaraya besar2 or susah nk dapat bahan, semua nya sempoiiii...Itu memang yang pernah Kak Liza bgtau akak laa masa jumpa dulu...tp sukatan bahan tu yg buat ia kena je dengan tekak akak...orang lain nk tau, kena try laa...
Bahan A:-
  • 500 gm sotong (kalau sotong sederhana, xyah kerat - akak kerat 3 sebab besauu)
  • 2 sudu besar repah kari (dibancuh dgn sedikit air)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 labu bawang besar (dipotong gelang)
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa

Bahan B:- (untuk Tumis - Dihiris)

  • 1 sudu kecil halba campur
  • 2 cm halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 tangkai daun kari

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga layu.
  2. Masukkan rempah kari dan kacau hinga rata dan naik minyak.
  3. Masukkan sotong dan air asam jawa. Biarkan mendidih sebentar.
  4. Masukkan bawang besar dan tomato.
  5. Sedia dihidangkan.

(*tips kak Liza - bau bawang merah lebih wangi sekiranya dimasukkan sedikit garam semasa menumis)

Monday, July 20, 2009

Gathering Tergempar dan Menjadikk Sungguh..!!

Dan akhirnya pada 17 Julai 2009, bertemu jugak dengan mereka yang selalu bertandang ke dapur Ummi....bukan senang nk jumpa camni...Pada 16 Julai ketika Ummi dan hb berada di Istana sehingga habis istiadat, memang kitaorang switch off hp..sebaik selesai je majlis jam 1.30 tghri, Ummi switch on jek...mesej pertama yang masuk adalah dari Kak Ina...katanya, "salam, kamu di mana...? Nak jumpa.." Ummi pun balas, "Ummi kat istana lg...nanti apa2 Ummi bgtau.."

Selesai di Istana, adik ipar datang ambik dan terus kitaorang ke Gombak..masa tu jam dah jam 3 petang lebih...tup, tup adik ipar suggest pi jalan rumah adik Ummi yang baru kawin hari tu di Taman Seri Andalas Klang....so layaann...dalam tempoh petang ke malam ni lah Ummi berbalas sms dengan Kak Ina, plan nak jumpa...kejap kak Ina x boleh, kejap Ummi x boleh..last2 sampai jam 11.30 malam kak Ina kata, "esok akak call semula, ngantuklaahh.." hahaaa..sian kak Ina..dan akhirnya...dah ada jodoh...bertemu jugak...so layaaannn gambar2 ni eh...maaf kalu ada yang kurang jelas..suh budak kedai snap...kurengg sikit laaa..lupa nk suh diaorg adjust...hehe..Apapun mmg gempak!!

Mula-mula Kak Ina n CT yang datang berjumpa Ummi di Dani Cafe, Setapak tu...pastu Kak Intan lak datang...posing jgn x posing..hehe..Pastu kak Ina ajak "serang" Dr. Ina kita pulak...akak ikut je..hehee..jangan jual akak dah laaa..hehe...

Meh nak citer sikit mengenai diaorang pada pandangan mata Ummi yang memang rabun sikit dah ni...Mula-mula CT, sikit pemalu...senyum pun light2 jek..hehe.., kak Ina memang peramah n baik hati gilerr...dia angkut kitaorang dgn kete dia g klinik Dr. Inahar..hehe..nnt antor bil minyak eh kak Ina...Kak Intan, memang the very soft spoken punya wanita..,kira-kira wanita melayu terakhir laaa...hehee...gurau je Kak Intan..tp mmg humble! Dr. Inahar, memang sweet je senyum..kalu camni...leh cepat baik patient, tengok muka doktor je dah kebah demam..hehe

Kelakor pulak kitaorang ni..masa xda patient kitaorang serbu masuk..masa ada patient, kitaorang keluar jap...siap posing lg kat ruang menunggu..hehee..pesakit2 ceria belaka...

Ha, apa lagi...dah Ina nak check, hulur je laaa..free of charge...mula2 kak Ina...dia okesss jek!

Pastu akak pulak...laa..haaiiiii...apa ke halnya...selalu low blood, ni dah naik pulak..x penah-penah, huhuu...Ina..tolooonggg...memang kes x cukup tidor n penat soping n stress or byk makan lemak kat KL nih! Puan doktor suh akak rest seminggu...hehee...ada kaaaa??? rindu weee nk hadap sini...xpa la Ina eh...insyaAllah Ummi ok...huhuuu
CT pun ...boleh tahan dia...baru akak tauuuuuu...hehee, xpa makan ubat ya CT...

Daaariii kiriiii...CT, kak Ina, Dr Ina, me and Kak Intan...

Pastu apa lagiiiii...posing sakan la dengan cik puan doktor ni..hehee..agaknya pening kepala budak klinik tu ya Ina...kim salam kat dia mintak maaf banyak2 la atas aksi kaum2 ibu yang sakit terlebih suka-suka niiii, hehee...