Tuesday, July 7, 2009

Cheese Sausage Puff

Ni kes nak perabihkan sosej yang agak lama dalam fridge tuh..pastu tengok pastry puff jenama Pampass yang akak beli pun dah lama jugak, x teringat kadang2 tu..ada sikit lagi tuh! So akak buat ni semalam, bakar dan wat sarapan dan bekal Aiman pagi tadi...sempoi jek!
Bahan:-
  • 1 keping pastry puff jenama Pampass (potong 4 segi kpd 4 kpg atau bole juga pakai puff jenama Kawan tu..xyah potong dah)
  • 4 ketul sosej
  • 1 keping slice cheese (potong memanjang halus2 kpd 4 slice)
  • 1 biji telor - dipukul sedikit

Cara-Cara:-

  1. Panaskan air dalam periuk dan rebus sosej lebihkurang 4 - 5 minit. Angkat dan toskan.
  2. Belah bahagian tengah sosej, jangan putus. Letakkan slice cheese yang dipotong tadi di tengah2 belahan.
  3. Ambil 1 keping pastry yang telah dipotong 4 segi tadi, letakkan sosej dan roll.
  4. Letak/atur atas loyang yang telah digris dan dialas dengan baking sheet. Kelar2 sikit puff secara menyerong dengan pisau.
  5. Sapu telor dan bakar pada suhu 175 C selama lebih kurang 20 minit/kuning keemasan.

6 comments:

amoza said...

Nyam2..... sedapnya kak ummi.... nak sikit ... terliur dibuatnya

ain said...

senang kan kak klu ada readymade pastri. x yah susah nak mengadun.

MamaFaMi said...

Sib baik Pampass... kalau Pampers, tak ke naya tu! Hehehe.. perut tengah lapor cenggini, terpandang la pulak Cheese Sausage Puff Ummi yang sungguh mendera jiwa tu... sabarkanlah diri ku ini... ya Tuhanku...

blogresipi said...

Esh..sedap pulak letak sosej tambah ngan cheese ni ye kak Ummi... leh cube neh nanti... sosej pun ade dlm peti nun.

Noorma said...

masuk jer umah kak ummi ni mesti tergoda dan digoda..tak tahan sungguh...

ummi said...

Amoza -
Alahaiii nk bg dah habis pun, senang je nk buat tu pun..

Ain -
Aahh senang keje..beli je, gulung..hehe

MamaFami -
Aah..dalam family ni dah lama xda Pampers..hehee..now simpan Pampass je kat fridge..Awat, semacam je Mama, puasa eh? Sabor eh..kita buka sama2.. :D

Ijan -
Hehe..kalu dah lapor, nampak apapun semua sedap..Lgpun sempoi je tuh..pejam mata dah siap.

Noorma -
Ooo..aku tergoda, aku terkecewaa..hahaaa..sian dia! Lekas pi gulung puff tu..hehe