Saturday, July 11, 2009

Aiskerim Tembikai

Aiskerim, aiskerim...dah tengahari ni...sapa nak aiskerim...wallaaaahhhhh, musim panas ni...mesti tak tolak punya, kena pulak dengan chocolate chips tu...warna merah tembikai masa akak tengok kat kedai tu dah melambangkan kemanisannyaa, dan yang bestnya tembikai ni boleh katakan xda biji langsung....Resepi dari Yani@MyR tu...layaaannn...hehe
Bahan:- (5 - 6 org)
  • 4 cawan tembikai - frozenkan terlebih dulu
  • 1/2 cawan air sejuk
  • 1 - 2 sudu besar gula
  • 1/2 cawan chocolate chips

Cara-Cara:-

  1. Kisar semua bahan-bahan kecuali chocolate chips dengan menggunakan blender atau food processor.
  2. Masukkan chocolate chips dan kacau biar rata.
  3. Kemudian masukkan sebatian adunan ni ke dalam bekas yang sesuai. Frozen hingga beku.
  4. Kemudian bolehlah dihidangkan..

2 comments:

fzi said...

Salam...
Salam kenal2..
sedapnya aiskrim....saya tak penah try buat aiskrim ni... satu hari boleh la cuba...

blogresipi said...

Aiskrim tembikai jugak lagiii.... wah buat sojukkan tokak best nie Kak Ummi.. buleh I tolong cedokkan, manyak nampak dlm bokas tuh.heheh