Thursday, July 9, 2009

Tauhu Bersira Tiga Rasa

Ni masak cara paling malesssss...hehee...tp yang penting Aiman ni nak yang pedas2 jek....dia memang suka sebarang jenis tauhu/tofu lembut camni...layaaannn...

Bahan:-
  • 3 keping tauhu
  • 1 labu bawang besar (sederhana) - hiris
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 ulas bawang merah - kisar
  • 2 ulas bawang putih - kisar
  • 1 biji tomato - kisar
  • 2 sudu besar sos cili thai
  • 1 sudu besar sos plum
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1/4 cawan air
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak untuk tumis
Cara-Cara:-
  1. Dalam kuali, panaskan minyak dan goreng tauhu hingga kekuningan/sedikit garing. Angkat dan toskan minyak. Sejukkan dan letak dalam pinggan, potong kepada 6 atau ikut suka.
  2. Tinggalkan minyak goreng tauhu tadi lebihkurang 4 sudu besar, tumiskan bawang besar hingga layu.
  3. Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan semua sos serta sedikit air. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasa.
  5. Tuang atas tauhu tadi.. Siap untuk dimakan dengan nasi putih..

3 comments:

ain said...

haaa..yg ni sy suka beno!

amoza said...

Fuh.... sedapnya.... tak dapat rasa.. tengok pun jadik lah.....

hazeleyed said...

Mesti sedap ni ek...TQ