Sunday, July 5, 2009

Asam Pedas Ayam (Resepi III)

Rasanya dah lama x buat asam pedas ayam...so Jumaat baru ni akak buat ni untuk makan2 kat ofis...ramai2 bawak lauk, siap bawak rice cooker n masak nasi lagi budak2 kat ofis akak tuh..hehee..sesekali kenduri camni sedap gak..banyak sgt lauk sampai x tau nak cekau yang mana satu...Ada budak2 ofis tu yang x penah makan asam pedas ayam...so layaannn...Kali ni try akak try resepi waheedeana@Ana kat MyR tu...Akak kopipes je la ya Ana..thanks..nice recipe! Sorry la baru masuk entry sebab semalam seharian ke Segamat hantar Najwa masuk Uitm semula untuk Semester 3 dah..hehe, penat banget!!

Bahan kisar *
  • * 20 tangkai lada kering- digunting dn direbus terlebih dahulu
  • * 1 labu bawang besar dan bawang putih
  • * 2 inci halia
  • * 2 biji buah keras (akak saja tambah ni)
  • 1 ekor ayam dipotong 12 dan di bersihkan
  • segenggam asam jawa - diramas dgn 1 cawam air
  • 1 sudu besar halba
  • 1 sudu besar lada hitam- ditumbuk halus
  • 1 batang serai - diketuk
  • daun kesum - ikut suka banyaknya
  • 1 biji tomato - di belah empat
  • 1 liter air atau lebih ikut suka sama ada nk pekat atau cair kuahnya
  • garam, gula dan bahan perasa secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. panaskan minyak, tumiskan halba dan 2 senduk bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing.
  2. masukkan air asam jawa dan kacau sebentar lalu masukkan air , serai , lada hitam, kacau dan tunggu sehingga mendidih.
  3. masukkan ayam, daun kesum dan dan masak selama 15 - 20 minit dan akhir sekali masukkan tomato, gula, garam dan bahan perasa secukup rasa.
  4. * masam dan pekat atau cair kuahnyer ikut selera masing2
  5. siap untuk di hidang dan dimakan

3 comments:

ain said...

sy pun suka gak ayam pedas ni..pas tu letak daun kesum byk2. harummm!!!

Anonymous said...

Kalau saya keje satu ofis ngn akak, saya tlg bawak rice cooker pun takper. hehee

amoza said...

Eeee... bestnya, nak sikit leh... terliur....