Thursday, July 9, 2009

Sup Ubi Kentang


Ni menu kelmarin sebenarnya..x sempat nak upload..bz sikit...Asal dari dapur Rinn tp ceduk kat dapur Mamaera (CheDeSam)...sesekali x makan nasi...ok kan?
Bahan-bahan:
  • 2 biji ubi kentang, direbus empuk dan dilecek lumat
  • 2 cawan santan (*akak tukar fresh milk)
  • 1/2 bwg besar, dicincang halus
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 3 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn sedikit air
  • 1/2 kiub ayam
  • Garam secukup rasa
Cara-cara:
  1. Tuangkan santan ke dalam periuk atau casserole dan panaskan di atas api sederhana.
  2. Bila agak mendidih masukkan kentang lecek dan semua bahan2 lain kecuali tepung jagung.
  3. Kacau dan masak sehingga sup nampak agak pekat dan menggelegak.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung utk memekatkan sup.
  5. Masak hingga sup pekat, adjust masin garam dan bolehlah diangkat dan dihidang bersama homemade garlic bread.

3 comments:

mylittlecaliph said...

lazatnya... lagilah tengah puasa2 nea...

shima said...

salam ummie...
wahhhh ku berkenan sungguh kt cawan tu!

ain said...

sedapnya kak ummi. terliur pulak, nasib baik dh buka posa kan.