Sunday, July 12, 2009

Puding Roti Dengan Biskut Coklat


Family akak memang suka makan dessert....best kan, sejuk2kan tekak..Meh layan satu lagi dessert yang sedap...kebetulan adik yang baru kahwin aritu datang malam kelmarin pun sempat merasa, sedap sangat katanya..banyak dia tibaii...tengah berbadan dua dia...hehee..makan Ja, makan...yang bestnya dia ni mengandung tak "kalah" pun...semua ok je dia makan..Sapa nak try meh salin. Resepi dari Try Masak tu...
Bahan:- (loyang 8x8 in)
  • 8 keping roti putih - dipotong kiub dan biar lemau semalaman (akak biarkan dalam 5 jam camtu je)
  • 15 keping biskut coklat krim - patah2kan
  • 2 cawan susu segar (akak letak 2 1/4 cawan)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 biji telor
  • 1/4 cawan mentega yang dicairkan
  • sedikit minyak sayuran (akak letak 1/4 lagi)
  • sedikit krim putar ( akak letak 3 sudu besar)
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara Membuat:-
  1. Mula-mula campurkan telor, gula, esen vanila, susu segar, krim putar dan mentega cair. Kacau sebati bahan ini
  2. Seterusnya sapu rata sedikit mentega pada dulang pembakar dan kemudian taburkan kiub roti serta biskut coklat krim berselang seli (masing2 dua lapisan).
  3. Kemudian curahkan rata campuran bahan tadi.
  4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 250 C (*akak set suhu 180C je) dengan menggunakan api bawah selama 1 jam atau hingga permukaan atas kukuningan.
  5. Apabila masak keluarkan dari ketuhar dan biarkan pada suhu bilik beberapa ketika sebelum dipotong.

* Puding ini boleh dihidangkan panas ataupun sejuk Untuk rasa yang lebih enak, nikmati puding ini bersama sedikit krim putar. Anak akak makan dengan vanila icecream gitu...lg laaa sedap!

2 comments:

blogresipi said...

Kite suke puding roti nie Kak... cuma lama dah tak buat... tak pernah plak letak biskut2 neh... boleh try nanti... best kalau mkn dgn vanilla cream nie...

Abah Yie & Ummi Na said...

wah...nmpk sedap. mesti cuba ni....kebetulan next week ada jamuan kat opis.