Friday, July 24, 2009

Roti Daging Bersalur Telor

Pagi tadi sempat wat roti ni wat bekal Aiman g sekolah...akak pun tibai jgk la sebelum gi ofis...kenyang sungguh, xyah g minum dah kat ofis..hehe..Resepi Dayang Jack kat MyR tu...thanks Dayang, akak C&P je eh..

Bahan-bahan ( 1 hidangan (seorang) )

  • 2 keping roti sandwich
  • 1 sudu bsr daging cincang
  • 1/2 ulas bwg besar (dicincang)
  • 1 ulas bwg putih (dicincang)
  • 1/2 camca kecil lada sulah
  • 1 sudu bsr mayonis
  • 1 sudu bsr marjerin
  • 1/2 biji cili merah (dipotong dadu kecil)
  • 1 biji telur
  • sedikit keju parut
  • 50 ml susu segar (kalau xde, guna tepung susu tepung 1 camb dan dibancuh dgn sedikit air)
  • secubit garam
  • sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris)

Cara-cara:-

  1. Cairkan marjerin dan tumis bwg2 sampai terbit bau. Kemudian masukkan daging cincang dan kacau rata2 selama 1 minit.
  2. Masukkan cili, lada sulah, keju, mayonis dan garam. Kacau perlahan (1 minit). Tutup api dan gaulkan dgn daun sup dan daun bawang.
  3. Sapukan sedikit mayonis pd roti, kemudian bubuh inti td di atasnya dan tutup kemas dgn roti yg satu lg.
  4. Pukul telur bersama susu segar. Kemudian celupkan roti dlm bancuhan td dan goreng dgn sedikit marjerin di dlm kuali leper.
  5. Hidangkan bersama segelas susu atau jus oren jika suka.

4 comments:

ain said...

sedapnyaaa!!!! sesuai beno tuk buat sarapan!!

geraugebang said...

E eh, boleh cuba la. Dah dapat resepi baru guna bahan asas roti.

Ely Hasrul said...

sedapnye.. selalu buat sumbat kat tauhu.. nak try ah ngan roti..

Puteri Balqisya said...

thanks akk. resepi mudah bangat. tgh cari resepi tuk masak petang karang. cheese takde pulak.. orang baru nak try masak2 ni. tak reti godek2 lagi.. wish me luck