Thursday, July 9, 2009

Kerisi Singgang Pedas

Ni lauk akak malam ni...sempoi jek..masak singgang tapi lain sikit...kaler meraaahh gitu, ala-ala asam pedas pun ada...Masak seekor je, kerisi ni besar jugak...tp cukup untuk makan berdua dengan Aiman...Hubby xda, pergi Tioman pagi tadi...huhuuuu...Xpa lah, meh tengok resepi dari TryMasak tu, sedap tau! Cuma akak ada adjust bahan..zucchini xda, akak taruk tomato jek...

Bahan:-
  • 4 ekor ikan kerisi
  • 1 biji Zucchini - kupas kulit dan potong kasar (*akak xda ni, letak tomato je)
  • 10 tangkai cili kering - dikisar
  • 3 ulas bawang merah - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 cm halia - dikisar
  • 2 cm kunyit - dikisar
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 cm lengkuas - dititik
  • 2 keping asam gelugur/asam keping
  • garam dan gula secukup rasa
  • 3 cawan air/secukupnya
Cara Memasak:-
  1. Masukkan kesemua bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama air. Masukkan juga asam keping, serai dan lengkuas. Masak biar mendidih.
  2. Masukkan ikan, garam dan gula.
  3. Kacau sebentar dan masukkan zucchini. Didihkan hingga empuk dan ikan masak. Tutup api. Sedap makan dengan nasi putih, hirup pulak kuah tu...eemmm

4 comments:

blogresipi said...

Sekor je ke Kak Ummi... tetamu nak datang nie camano? heheh... best jer nampak tue.. rasa nak hirup jer kuah dier...

ain said...

kak ummi...lauk sempoi2 cam ni la yg sedap tau!!!

amoza said...

Kesiannya tinggal berdua, Mona temankan leh hehehe.... tang bab makan tak kisah,janji kenyang...

Leya said...

salam umi...
selalu saya masak asam pedas ikan kerisi tak pernah cuba resipi umi ni.

Nanti nak cuba pulak resipi umi ni