Tuesday, July 7, 2009

Peach Frozen Yogurt

Dah lama nak buat dessert ni asyik tertunda jek...Akak dapat resepi ni dari kenalan/adik yg baru jugak la akak kenal, dah lama dia skodeng blog akak dan satu hari tu dia add akak kat YM, katanya teringin nak kenal akak..hehe, so selalu duk YM dengan dia, Jun namanya, now menetap di Orlando...seorang yang sangat bermurah hati untuk email kat akak resepi dessert yang sering jadi hidangan untuk familynya...Dia ni selalu ambil tempahan macam2 kek n cookies untuk jiran/kenalan di sana..Hari tu akak dapat 3 resepi sekali gus...ha, baru ni laa akak boleh try Jun...memang sedap sangat masuk ke tekak musim panas camni...ada 2 lg resepi dessert Jun ni akak belum try..terima kasih banyak2 la Jun...cayang dia...bila nak balik Malaysia agaknya tu.. Ok sapa nak buat tengahari ni, meh salin resepi...sedang elok la tuuu..
Bahan:-
  • 2 cawan hirisan buah peach segar/frozen (akak guna yg dlm tin)
  • 1 paket gelatin (lebih kurang 1 sudu besar rata)
  • 1/4 cawan air sejuk
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 2 cawan/16 oz plain/vanilla yogurt

Cara-Cara:-

  1. Kisar buah peach dalam blender or food processor. Ketepikan.
  2. Dalam periuk kecil, masukkan air sejuk, tabur gelatin dan biarkan kejap dalam 1 minit.
  3. Masukkan gula pasir, kacau rata dan masak atas api kecil hingga gula dan gelatin larut.
  4. Kemudian campurkan puri peach yang diblend tadi serta yogurt. Kacau rata.
  5. Masukkan ke dalam bekas tahan beku, frozenkan selama 3 - 4 jam.
  6. Kemudian keluarkan balik dan masukkan dalam mixer/food processor/blender dan blend hingga smooth. (nak senang, potong2 sikit jadi ketulan kecil2 baru diblend)
  7. Simpan semula dalam bekas tahan beku dan freezekan hingga beku selama 2 jam.
  8. Kemudian bolehlah dihidangkan...

9 comments:

hana said...

cedapnyerrrrrrrrr!!! nak wat jugak la nnti!

CikMin said...

sama la gan akak ni hana...tgk ni kt rumah k.ummi...sedapnyer....buat lepas hari esok la...esok cek up kt klinik tu...halal resepi ni yek.ummi...

zaitgha said...

Baru nak buat for my left over strawberry....but i will try minus the gelatin and i will use my ice cream maker he he....

amoza said...

mmmm...nampak memang menyelerakanlah,ingat nak cuba tapi pakai buah lain leh tak kak ummi... stok peach tak ade...

ummi said...

Hana -
Memang sedap...bagus untuk baby dlm peyuuut tuh..hehe, makan peach byk2 eh..

CikMin -
Xpa laa.pi cek perut dulu..tp bgus makan nih..lebihkan buah2 tu eh..dah selera makan dah ke CikMin?

Zai -
Yeap, you can use your ice-cream maker..Ummi xda..hehe..just guna blender jek! Mmg sukatan gelatin byk jugak tuh..Ummi pun kurangkan dah tu..

Amoza -
Boleh je tukar buah mango/banana/watermelon pun..jangan letak durian dah..ekeke..

CikMin said...

uihhh..selera dah menjadi sgt2 ni k.ummi...dah mcm2 masak mcm2 makan dah ni ha...hiks...

ain said...

sedapnya mkn cuaca tgh pns2 ni. segarrrrrr!!!!!

cikin said...

sedaaaaapppp...!!!! rasa sejuk manis2 kat dlm mulut..:)

3AS said...

salam akak. Dah lama ikut blog akak ni. Semua food nampak menarik je...I've tried a few of yr recipes. Very nice..This one memang nak cuba. nampak sedap je..