Friday, July 24, 2009

Chocolate and Orange Marble Cake

Akak buat kek ni malam kelmarin sebenarnya..macam bese lah, x sempat nk posting terus..penat2 masak, wat keje rumah segala, maklum lah anak2 dara dah xda nk tolong lipat kain, sidai kain..hehe..pastu tidur...bangun pagi gi ofis, balik ofis masak...ada masa baru posting...hehe...xpa lah lambat posting, kek ni x basi lagi..boleh la cuci mata. Ni pun separuh bawak ke ofis separuh..hehe..Tukang makan kat rumah dah xda, jamu2 la kat ofis..xpun anak2 akak balik, mmg x merasa la orang lain..Resepi ni akak tengok kat dapur Nor dan asalnya dari Sini. Apapun thanks to Nor for sharing this very nice recipe and ez to prepare...just loved it! So akak translate laa eh..hehe
Bahan:-
  • 175 gm gula castor
  • 175 gm mentega (tanpa garam) - suhu bilik
  • 175 gm tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telor saiz besar - dipukul sikit
  • 1 sudu besar fresh orange juice
  • 2 sudu teh parutan kulit oren
  • 1 sudu besar serbuk koko - dibancuh dengan 2 sudu besar air panas

Untuk Topping:

  • 100 gm plain chocolate (cooking chocolate)
  • 15 gm mentega
  • 1 sudu besar golden syrup
  • sedikit parutan kulit oren untuk hiasan
Cara Membuat:-
  1. Sediakan loyang 18 x 25 c, (7 x 10in) yang telah digris dan dialas dengan baking sheet.
  2. Masukkan gula, mentega, tepung, baking powder dan telor ke dalam mangkuk besar.
  3. Pukul dengan electric mixer selama 3 - 4 minit sehingga putih dan berkrim.
  4. Pindahkan sebahagian adunan ke dalam mangkuk lain. Campurkan dengan orange juice dan parutan kulit oren tadi. Kacau rata.
  5. Dalam adunan yang sebahagian lagi, campurkan pula bancuhan coklat tadi. Gaul rata.
  6. Tuangkan adunan oren ke dalam loyang dan diikuti dengan adunan coklat. Buat pusingan marble dengan menggunakan pisau. (akak guna chopstick je).
  7. Bakar pada suhu 180C selama 35 - 40 minit/hingga kek masak. Keluarkan dari oven dan biarkan kek selama 5 minit, kemudian keluarkan dari loyang dan biarkan sejuk atas wire rack.
  8. UNTUK ICING/TOPPING: Dalam bekas tahan panas, masukkan chocolate, mentega dan golden syrup. Masak secara double boil atas dapur. Kacau selalu hingga bahan cair. Angkat dari dapur dan biarkan sejuk dan pekat sedikit sebelum dituang ke atas kek.

4 comments:

Nor said...

ha... sedap kan!nice kaler kek tu ummi

amoza said...

iskh..... kak ummi nak tanya sikit.... opis akak ada kekosongan tak... seronoknya satu opis ngan akak ni, sentiasa dapat makan yg best2...... nak sepotong boleh...

ain said...

nak try la buat kek ni nanti. suka marble kek.

uptownazila said...

sedap nih selalu buat kek marble biasa je kali ni nak cuba lak.