Tuesday, July 14, 2009

Dadih Strawberi - Resepi II

Buat dadih lagi...tp kali ni mmg x sempat nak pi cari buah strawberi pun...kira nak makan jek...xda la hias2 dah ni...Aiman x sabar2 je nak makan...Hubby pun awal2 dah hentam satu...Kali ni try resepi dari Rozie pulak....cuma yang ni ala-ala agar-agar dan kurang lemak sikit macam yang akak pernah try resepi Mat sebelum nih..may be coz this one, x guna coffemate dan yang ni menggunakan serbuk agar-agar, yang terdahulu pula menggunakan jelly konyaku...apapun, licin jek!! Sebab bila dah sejuk, lembut...mesti tekak terima punyerr! Thanks Rozie...ez to prepare, ez to "ngap"!

Bahan:-
  • 500 ml air (boleh guna juice strawberry)
  • 500 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar
  • 1 sudu besar strawberry emulco
  • secubit garam

Cara-Cara:-

  1. Masak air bersama gula sampai hancur.
  2. Masukkan susu, serbuk agar-agar, strawberry emulco dan garam..kacau sebati.
  3. Tapis dan simpan dalam bekas-bekas kecil atau yang bersesuaian. Biarkan sejuk.

2 comments:

ain said...

lawanya dadih kak ummi. selalunya kalau saya buat..main curah dlm mangkuk biasa2 je. pas tu ngapppp!!!

blogresipi said...

Kiut miut jer dadih kak Ummi kite neh... makan time sejuk2 ni sedap kan kak...