Friday, July 3, 2009

Mee Goreng Bersosej

Menu malam tadi...makan mee goreng jek dengan perencah yang sempoiii...nak menghabiskan sosej dalam fridge tuh! Tapi Aiman suka bila letak sosej camni..katanya jemu dah mak asyik letak ayam, udang, daging segala...hehe

Bahan:-
  • 1 paket mee kuning - basuh dan toskan.
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 batang sosej - kerat menyerong
  • 4 biji bawang merah - tumbuk
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 pokok sawi - kerat2
  • 1/4 kobis sederhana besar
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar sos cili thai
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 biji telor
  • garam secukup rasa
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu dan naik bau.
  2. Masukkan cili kisar, kacau. Masukkan semua sos dan serbuk lada hitam.
  3. Masukkan sosej, kacau sebentar hingga sosej 3/4 masak.
  4. Masukkan sawi dan kobis, kacau dan masukkan garam secukup rasa.
  5. Akhir sekali masukkan mee dan goreng sebentar dan pecahkan telor. Gaul rata dengan mee hingga masak dan bahan rata.
  6. Tutup api dan hidangkan.

2 comments:

ain said...

kalau anak sy pun..mesti lebih suka sosej dr ayam/udang atau daging.

ummi said...

Ain -
Budak2 mmg x penah tolak sosej..x kira masak mcmna pun kan..hehe, ikut je la selera diaorg..