Tuesday, July 21, 2009

Sotong Goreng Berempah

Meh semua masak sotong berempah Kak Liza ni meh...sapa2 yang belum dapat buku resepi Senangnya Memasak Bersama Chef Hanieliza, xpa..meh kongsi je kat sini...ringkas, mudah dan sedap semestinya...Kak Liza punya resepi memang menggunakan bahan2 yang x payah kita semua nk kena selongkar kat pasaraya besar2 or susah nk dapat bahan, semua nya sempoiiii...Itu memang yang pernah Kak Liza bgtau akak laa masa jumpa dulu...tp sukatan bahan tu yg buat ia kena je dengan tekak akak...orang lain nk tau, kena try laa...
Bahan A:-
  • 500 gm sotong (kalau sotong sederhana, xyah kerat - akak kerat 3 sebab besauu)
  • 2 sudu besar repah kari (dibancuh dgn sedikit air)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 labu bawang besar (dipotong gelang)
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa

Bahan B:- (untuk Tumis - Dihiris)

  • 1 sudu kecil halba campur
  • 2 cm halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 tangkai daun kari

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga layu.
  2. Masukkan rempah kari dan kacau hinga rata dan naik minyak.
  3. Masukkan sotong dan air asam jawa. Biarkan mendidih sebentar.
  4. Masukkan bawang besar dan tomato.
  5. Sedia dihidangkan.

(*tips kak Liza - bau bawang merah lebih wangi sekiranya dimasukkan sedikit garam semasa menumis)

4 comments:

ain said...

lamanya x mkn sotong. boleh buat la nanti resipi ni. lain dr biasa.

MamaFaMi said...

Sotong punya resepi mama lom cuba try test, tapi ayam dah. Resepi Kak Liza ni memang senang je.. daripada malas pun boleh bertukar jadi rajin kan Ummi kan....

Anonymous said...

Macam kari sotong pulak yer kak Ummi... hubby kite suke ler kari2 neh.heheh

Anonymous said...

salam kak ummi....sotong ni lain dari yang lain...pasti sedapkan????