Saturday, July 11, 2009

Daging Tempra

Balik lunch tengahari semalam akak sempat la masak daging ni memandang hari Jumaat waktu rehat agak lama...daging ni ala-ala daging goreng kunyit masaknya, cuma perencahnya ditambah lagi dan diperap dulu..Dan nak jadi cerita, daging tempra akak ni terlebih hitam pulak dah sebab akak letak kicap pekat utk mee sikit..hehe...dahla mcm daging masak kicap pulak...apapun rasa tetap maintain...Resepi dari dapur teruna kreatif duk kat Kg. Sedenak tu..hehe..Mat, thanks..sedap la sesangat...Kalau ikut Mat, resepi asal guna ayam..next time masak ayam pulaksss..hehe
Bahan:-
  • *700 gm daging - dihiris nipis
  • *1/2 inci hali - tumbuk lumat
  • *2 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • *1/2 camca teh garam
  • *1 camca teh gula (Perap semua bahan bertanda * selama 30 minit)
  • 1 biji bawang besar - hiris bulat
  • 2 biji cili hijau - hiris serong
  • 1 biji cili merah - hiris serong
  • Daun bawang - dihiris untuk tabur

Bahan A (disatukan dan kacau rata):-

  • 1 camca besar kicap pekat (akak letak kicap mee sikit)
  • 3 camca besar kicap manis
  • 1/2 cawan air
  • 1 camca besar jus limau nipis/cuka
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, cili merah dan cili hijau hingga wangi.
  2. Masukkan daging yang diperap tadi dan masak dengan api besar selama 7-10 minit hingga dagingnya lembut.
  3. Masukkan bahan A dan kacau rata. Kecilkan api dan reneh hingga daging benar-benar lembut dan kacau sekali-sekala.
  4. Bila telah pekat, tambah 1 camca teh minyak masak, kacau rata. Masak sekejap dan seimbangkan rasa. Tabur hirisan daun bawang semasa menghidang.

2 comments:

Mima's Oven said...

salam ummi, nampak sedap sunnguh daging tempra ni...rajin ummi memasak.

Anonymous said...

best sunggoh nampak daging tempra ni Kak Ummi... kalau buat pakai daging cincang aci tak?