Thursday, July 2, 2009

Kek Coklat Kukus CMG

Alahaiii x tau laa, apasaiii duk naik resepi dari Kulai je kat dapur akak nih! Kebetulan kek ni akak buat hari Sabtu hari tu sebenarnya, sebahagian dah bekal kat abanglong n najiha....Ni ada sikit lagi kat rumah...Xleh nak cakap banyak daahhhh...ya ampuuuuunnn memang sedap gilosss, bila kena dengan chocolate ganache gitu...tangkap leleh uuuuu...Thanks Mat...akak mintak izin copy-paste je ni..boleh ya Mat..hehe

Bahan-Bahannya :-)
  • 1 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1 cawan serbuk koko*
  • 1 1/2 camca teh baking powder*
  • 1 camca teh soda bicarbonate*
  • 1/2 camca teh garam halus*(*disatukan, gaul dan diayak)
  • 1 3/4 cawan gula halus
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan minyak jagung/sayur
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 200 ml susu cair*
  • 1 cawan air panas*
  • 1 camca teh nescafe*(*disatukan dan kacau hingga sebati)
Cara membuatnya :-)
  1. Dalam mixing bowl, masukkan bahan diayak dan gula halus. Gaul hingga rata. Masukkan telur satu persatu dan putar. Tuang bancuhan susu perlahan2 sambil terus memutar hingga sebati.
  2. Putar hingga gula hancur dan adunan kembang. Kemudian masukkan minyak jagung/sayur dan juga esen vanilla. Gaul rata. Tuang dalam tin berukuran 10 inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
  3. Kukus atas air mendidih selama 1 jam. Sejukkan kek sebelum dihidangkan, kalau suka boleh dituang ganache dan dihias dengan ceri.
  4. CATATAN MAT GEBU :- Balut penutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitik atas permukaan kek. Gunakan api sederhana semasa mengukus.
Sebahagian kek ni akak bawak ke ofis semalam..bagi kat adik2 kat ofis ni..liciiinn...hehe

2 comments:

ain said...

mintak sepotong kak ummi. kat jb ni tgh hujan lebat. so perut tgh nyanyi kelaparan ni. hehe

makcikkantin said...

wow, sedapnye.....