Wednesday, July 22, 2009

Asam Pedas Bungkus

Haiii...memanglaaa...Senangnya Memasak Bersama Chef Hanieliza ni...dah la mudah, ringkas pastu sedap wallaaaaahhhh...betuiiiii...Betul kata Mamafami, dapat je buku2 ni..semangat nak memasak mmg ada lagi "up" tauuu...kan, kan Mama...hehe...Camne nk diet nih! Kak Liza, time kasih la banyak2 eh...muaahhh! Meh, meh pakat buat...salin resepi cepat, adik-adik, kakak-kakak (ada ke?) n abang adik(sorang je la kot..Mat kan..hehe). Tapi xleh nak C&P la pulak..kena taip lahaiii..tu yang ada sikit malas tu..haha
Bahan A:-
  • 400 gm ikan pari (akak tukar ikan tenggiri 2 keping tebal)
  • 1 cawan jus asam jawa
  • 3 tangkai daun kesum
  • 5 tangkai daun ketumbar
  • 1 batang serai - diketuk
  • 6 biji bendi (*akak x letak, tukar nenas sikit)
  • 1 biji tomato (belah 4)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):-

  • 15 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk (*akak letak 1 cm kunyit hidup)
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga naik minyak.
  2. Masukkan air asam jawa, garam, daun kesum dan biarkan hingga mendidih dan pekat.
  3. Susunkan ikan, bendi, tomato, serai dan daun ketumbar di dalam alluminium foil. Tuangkan kuah yang dimasak tadi, bungkus dan lipatkan.
  4. Masukkan ke dalam kuali dan panaskan selama 20 minit.
  5. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan ikan masin.

* Tips K.Liza - selain memasak di dalam kuali, boleh juga dimasak dengan microwave dan bakar pada suhu 200C selama 20 minit. Ia juga boleh dimasak secara kukus selama 30 minit. - (Nanti akak try semua2 cara nih...hehe)


6 comments:

ain said...

kak ummi...dh meleleh dah air liur ni. sedapnyaaaa!!!!!

hanieliza said...

Salam..
TQ sbb sudi mencuba resepi kakliza..
aceli bukan masuk microwave..masuk dalam oven jer..bukan microwave..

geraugebang said...

Dah berpuluh-puluh tahun jadi orang Johor tak pernah pulak makan yang cam ni. Kalau asam peda bungkus beli dari kedai ade lah. Nanti kena cuba ni. Rasanya lain daripada yang tak bungkus ke?

QueenJah said...

Salam kenal tuan rumah..

blogresipi said...

Asam pedas pon boleh bungkus2 ye Kak Ummi.. menariklah resipi nie..

ummi said...

Ain -
Kalau meleleh sgt tu nmpak gaya kena buat laa..hehe

Kak Liza -
Hehe..tq kat kak Liza laahh..O ya, dlm tips cakap leh msuk microwave gak..ummi jez taip je la k.Liza..hehe, ok, ok..

Geraugebang -
Hehe..pasni xyah bungkus kat kedai dah eh..bungkus sendiri kat rumah..mmg lg sedap, sebab aroma semua berkumpul dlm tu dan menyerap agaknya..bila buka je foil tu..uiihh cari nasi terus..hehe

QueenJah -
Salam kenal, time kasih..ish jauhnya Queen keluar dari istana, King x cari ke...hiiikss! (*gurau je..)

Ijan -
Aah..tu pasai la akak try resepi Chef Hanieliza kita tu..mmg sedap Ijan..baby dlm tu sihat? hehe..