Tahniah Ma...Ummi tumpang bangga dengan Mama, semoga semakin rajin menghasilkan karya tepung mu jadi roti pintal dan pusing yang menarik...hehehee, ala-ala cross stitch pun ada tau..betul tak Ma...Tahniah, tahniah Mama cayang!!! Entry ini adalah sebagai tanda gembira dan sokongan Ummi untuk sapa juga geng masak2 yang telah meletakkan satu anjakan baru di dalam dunia cyber ini di mata editor2 majalah, buku resepi dan sebagainya...Siapa yang belum dapatkan majalah ni, pi cari cepat...tatak rugi punya...!
Monday, January 31, 2011
MamaFaMi Dah Dipikat Jelita
Tahniah Ma...Ummi tumpang bangga dengan Mama, semoga semakin rajin menghasilkan karya tepung mu jadi roti pintal dan pusing yang menarik...hehehee, ala-ala cross stitch pun ada tau..betul tak Ma...Tahniah, tahniah Mama cayang!!! Entry ini adalah sebagai tanda gembira dan sokongan Ummi untuk sapa juga geng masak2 yang telah meletakkan satu anjakan baru di dalam dunia cyber ini di mata editor2 majalah, buku resepi dan sebagainya...Siapa yang belum dapatkan majalah ni, pi cari cepat...tatak rugi punya...!
Labels:
terjah blog
JJCM - Rojak Ayam Paling Femes Di Kuantan


Labels:
Simple Dish
Kenduri Pizza Dengan Family Adik-Adik

Jam 6 lebih sikit akak masukkan bahan dlm BM, sukatan utk 3 adunan, selamat menguli laa cik BM...hahahaa...so jam 8.30 malam gitu... 3 biji pizza saiz besar siap untuk disantap oleh 3 family....gosshhhh!!! Dapat pujian sakan....diaorg kata, sedap komain!! Sungguh la, bkn akak yg cakap, semua yg makan cakap, anak2 sedara yang kecik2 cinonek tu suh buat lg...hahaa, tp topping punya banyak, kalau bukak kedai leh cepat bangkrap...ayooyooo..hahaha...Okay resepi doh pizza spt di Sini...

Labels:
pizza
Saturday, January 29, 2011
Sausage Puff dan Ole-Ole Dari Arau

Pastu saja nak tayang ole-ole yang dikirim dibelikan dek anak dara akak Najwa (K.Ngah)....dah duk kat Uitm Arau tu..dekat je la ke Padang Besar, 15 minit gitu...dia pergi 2 minggu lepas dengan geng2nya....eemmm...pulut cantik putih melepak dengan pes tomyam yang dah penah akak beli dan tayang kat sini dah dulu...hehe, thanks K.Ngah..
Labels:
Simple Dish
Gulai Kari Sotong

GULAI KARI SOTONG
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:-
- 350 gm sotong - potong ikut suka (nak wat sekor2 pun ok)
- *3 sudu besar rempah kari daging (akak guna jenama Adabi)
- * 2 sudu kecil cili kering yang dikisar
- *1 1/2 cawan santan pekat (bahan * dibancuh bersama)
- 2 tangkai daun kari
- 3/4 cawan santan cair
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1 batang serai - dititik
- 1 biji tomato - belah 6
- 2 biji cili merah - dibelah
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis
- 4 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 cm halia
- Sotong dibersihkan dan potong ikut suka - akak kelar silang pangkah dan potong kecil. Toskan.
- Dalam caserol/periuk, panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, daun kari dan serai hingga naik bau.
- Masukkan bancuhan rempah kari, serbuk ketumbar dan serbuk kunyit. Masak dengan api perlahan hingga kari pecah minyak. Kacau selalu.
- Masukkan sotong dan cili merah. Masak dan kacau mesra sekejap sahaja.
- Masukkan santan cair dan garam secukup rasa. Perlahankan api dan biar didih perlahan sekejap hingga nampak naik minyak sikit. Tutup api. Letakkan tomato kemudian supaya tidak lecur. Sedia untuk dihidangkan.
Labels:
sotong
Friday, January 28, 2011
Triffle Istimewa Mat Gebu


Resepi Asal: Mat Gebu
Dirujuk: Ummi @ Home Sweet Home
BAHAN KEK SPONGE :-)
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
BAHAN KASTARD :-)
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla
BAHAN JELLY :-)
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah
BAHAN LAIN :-)
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi

- UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.
- UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.
- UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.
- UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
- Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..
Labels:
dessert
Telor Masak Kicap Lada Hitam


Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:-
- 3 biji telor
- 1 labu bawang besar - hiris kasar
- 2 ulas bawang putih - dihiris nipis
- 2 cm halia - dihiris halus btg mancis
- 1/4 sudu kecil lada hitam kisar
- 1/4 sudu kecil serbuk lada sulah
- 3 - 4 sudu besar kicap pekat ABC
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili
- 1 - 2 sudu besar kicap masin
- 1/2 biji lada benggala hijau - hiris memanjang
- 1/2 biji lada benggala merah - hiris memanjang
- 1 biji tomato - dibelah 6
- sedikit garam (jka perlu)
- sedikit air
- minyak utk menumis
Cara-Cara:-
- Goreng dulu telor sebiji-sebiji berasingan (telor mata). Ketepikan.
- Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
- Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap pekat, kicap masin, sos cili dan serbuk lada sulah. Masukkan sedikit air. Tambah garam jika perlu.
- Masak hingga mendidih dan masukkan telor yang digoreng tadi.
- Masukkan lada benggala dan diikuti buah tomato, masak dengan api sederhana hingga kuah menyerap dan sedikit pekat. (lada benggala n tomato jgn dibiar layu sangat)
- Tutup api dan hidangkan.
Labels:
telor
Thursday, January 27, 2011
Sayur Taugeh Goreng Dengan Tempe

SAYUR TAUGEH GORENG DENGAN TEMPE
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
Bahan (sukatan lebihkurang):-
- 200 gm taugeh
- sedikit daun kucai - kerat-kerat 1 inci
- 2 keping tauhu - potong kiub kecil n nipis
- 1 keping tempe - potong kecil n nipis
- 1 labu bawang besar - dihiris kasar
- 2 ulas bawang putih - dihiris nipis
- 1 tangkai cili merah - potong serong
- 1/4 sudu kecil serbuk cili kering
- 1/4 sudu kecil lada hitam kisar
- sedikit serbuk lada sulah
- 3 sudu besar kicap cair/masin
- 1 sudu besar sos tiram
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan serbuk cili kering dan lada hitam.
- Masukkan tempe dan goreng hingga tempe masak, kemudian masukkan tauhu.
- Masukkan kicap cair, sos tiram dan kacau sebentar. (Jgn sampai tauhu hancur lak).
- Masukkan taugeh dan kacau sekaligus dan garam secukup rasa. Masak sekejap saja. Jangan sampai sayur layu....tutup api.

Labels:
Sayur
Marilah Sama-Sama Kita Mendoakan

Salam buat semua....pagi ini akak mendapat berita sedih dari salah seorang rakan blogger masakan kita iaitu Jun (JC East Meets West Kitchen) yang menetap di Orlando sekarang sedang berada di dalam kesedihan yang teramat berikutan dengan keadaan kakak (Along) beliau, berusia baru 39 tahun telah disahkan oleh doktor menghidap breast cancer tahap 4 dan informasi doktor dari segi perubatan, hanya mampu bertahan selama 3 bulan sahaja. Kakak beliau merupakan seorang ibu tunggal yang membesarkan sendiri 5 orang anak-anaknya. Sungguh sedih bila terkenangkan anak-anak yang tentunya masih kecil dan muda lagi jika apa-apa berlaku kepada ibu tersayang ini...
Sudi apalah kiranya kita sama-sama mendoakan semoga kakak beliau menemui penawar dan harapan untuk pulih ke tahap yang baik dengan keajaiban dan keizinan Allah swt. serta berkat doa kita rakan-rakannya jua yang sama2 bergurau-senda, bertegur-sapa...mana mungkin membiarkan sahabat dalam kesusahan berat seperti ini....Sungguh tak dapat dibayangkan dengan mereka yang diuji sedemikian rupa....huhuuuu...sub, sub...
Kepada Jun, akak doakan Jun diberi juga kesempatan untuk balik ke Malaysia dan bersama-sama dengan kakak yang disayangi, insyaAllah....Untuk kisah selanjutnya, sila ke Orlando eh....
Sudi apalah kiranya kita sama-sama mendoakan semoga kakak beliau menemui penawar dan harapan untuk pulih ke tahap yang baik dengan keajaiban dan keizinan Allah swt. serta berkat doa kita rakan-rakannya jua yang sama2 bergurau-senda, bertegur-sapa...mana mungkin membiarkan sahabat dalam kesusahan berat seperti ini....Sungguh tak dapat dibayangkan dengan mereka yang diuji sedemikian rupa....huhuuuu...sub, sub...
Kepada Jun, akak doakan Jun diberi juga kesempatan untuk balik ke Malaysia dan bersama-sama dengan kakak yang disayangi, insyaAllah....Untuk kisah selanjutnya, sila ke Orlando eh....
Labels:
terjah blog
Ikan Golek Midtown - Ikan pun bergolek eh?


Sumber: Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:-
- 3 ekor ikan kembung sederhana besar (cuci bersih dan lumur sedikit garam)
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 1/2 cawan santan pekat
- 1/4 cawan gula melaka yang potong kecil
- 1 batang serai
- 1 helai daun pandan - disiat dua dan simpul
- 1 sudu besar cili kering kisar
- 1 sudu teh biji halba
- garam secukup rasa
- 4 biji buah keras
- 10 biji bawang merah
- 4 biji cili padi (ikut kepedasan)
- 1 inci kunyit hidup
- Kisar semua bahan B, tuangkan ke dalam periuk.
- Masukkan bahan A dan gaul sebati. Masak bahan dengan api sederhana dan kacau hingga kuah menjadi pekat.
- Masukkan minyak masak dan garam secukup rasa.
- Sementara itu, panggang ikan kembung selama 10 minit dan siramkan kuah tadi sedikit demi sedikit ke atas ikan. Balikkan ikan dan siram lagi kuah dan panggang lagi hingga ikan masak. Sedap dimakan dengan nasi putih.

Labels:
ikan
Wednesday, January 26, 2011
Pizza Daging Kari

Asal ambik dari resepi dari Sini...tp biasalah, dah jangkit dengan Mat Gebu, kita derhaka gak laaa tang filling tuh..suka2 hati gak campak, dah ala-ala rendang gitu...hehe...Apapun base pizza nih mmg sedap dan lembut....uli pun ala2 jeek, gerenti jadi punya nih...xyah tunggu BM jerit sampai 1 1/2 jam pun, biar naik dlm 20 minit jek....hehe, x susah pun...kan..

Resepi Asal : Pepperoni and Meat Pizza
Dirujuk dan Ubahsuai: Ummi @ Home Sweet Home
Bahan (Doh Pizza):-
- 2 cawan tepung (*akak guna tepung high protein)
- 1 sudu besar yis kering (mauripan)
- 1/8 sudu kecil garam
- 1 sudu besar gula kastor
- 1/2 cawan air suam
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 100 gm daging kisar (*akak letak 200 gm)
- 1 sudu besar bawang cincang (*akak guna 1 biji bawang besar)
- 1 sudu besar serbuk kari daging (*akak guna 2 sudu besar )
- 1/4 sudu kecil serbuk jintan manis
- 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
- 2 sudu besar minyak (*akak guna minyak zaitun)
- 1/2 cawan sos pasta (akak marinate jek sos tomato, sos cili, puri tomato dan tomato cincang - ikut citarasa sendiri)
- 1/2 cawan parutan mozarella cheese (*akak guna lebih)

- UNTUK DOH: (*akak masukkan kesemua bahan dalam Bread Maker mengikut turutan, bahan cecair dahulu, baru diletakkan bahan-bahan kering. Jauhkan garam dengan yis sebelum mula mengadun, nnt terbantut yis nak kembang) Tekan ON dan biar doh diuli, dan bila siap uli akak hanya biarkan doh naik lebih kurang 20 minit sahaja. Keluarkan dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang ditabur sedikit tepung. Canai dengan rolling pin biar jadi bulat dan rata. Letakkan di atas loyang pizza ukuran 10 in.
- UNTUK INTI: Panaskan minyak, tumiskan bawang hingga kekuningan, masukkan rempah kari, kacau sebentar dan masukkan daging kisar. Masukkan garam dan kacau hingga daging masak dan sedikit kering. Angkat dan sejukkan.
- Ratakan sos pizza di atas doh, kemudian letakkan inti daging tadi dan ratakan.
- Kemudian taburkan parutan mozarella cheese dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 190C selama 10 minit. Hidangkan panas2 suam dan drizzle dengan sos cili kegemaran.

Labels:
pizza
Tuesday, January 25, 2011
Bila Ben Ashaari Beraksi Di RAPI

Tahniah sekali lg Ben!!! Semoga berbahgia dan gembira selalu...hehe
Labels:
terjah blog
Puding Betik


Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:-
- 10 gm serbuk agar-agar
- 1200 ml air
- 150 ml jus koktel
- *150 ml susu sejat )
- *150 gm betik ) * dikisar bersama
- 120 gm gula pasir
- 1 tin buah-buahan koktel - isinya buahan tropika
Cara-Cara:-
- Tuangkan air ke dalam periuk, masukkan serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih.
- Masukkan gula dan jus koktel, masak biar gula larut.
- Kemudian masukkan pula susu sejat yg dikisar dengan buah betik, kacau sekejap. Tutup api sambil dikacau-kacau lagi dalam 1 - 2 minit.
- Tuangkan ke dalam bekas-bekas kecil atau loyang yang sesuai yang dibasahkan dengan air terlebih dahulu.
- Biarkan wap panas hilang dulu, baru disejukkan dalam peti sejuk. Hidangkan dengan buah-buahan koktel tropika.
Labels:
dessert
Tahukan Anda Tentang Ini, Ini dan Ini??


So, kepada yang belum mengenali, boleh la menyertai dan menghangatkan suasana di ketiga-tiga link tersebut...insyaAllah yang baik kita kongsi sama dan jadikan panduan, yang kurang baik, kita jauhkan dan jadikan sempadan...
Labels:
terjah blog
Monday, January 24, 2011
Chocolate Banana Bread


Resepi: Joy of Baking
Dirujuk dan terjemahan : Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:-
- 1/2 cup (55 gm) kacang walnut/pecan - dipanggang dan cincang (*akak guna pecan)
- 1 3/4 cawan (230 gm) tepung serbaguna
- 1/4 cawan (30 gm) serbuk koko (akak guna brand Van Houten)
- 1 cawan (200 gm gula pasir
- 1 sk. baking powder
- 1/4 sk. soda bikarbonat
- 1/4 sk. garam (*akak x letak, sbb guna mentega bergaram)
- 1/2 cawan (85 gm) chocolate/white chips
- 2 biji telor (gred A) - dipukul sedikit
- 1/2 cawan (113 gm) - mentega tanpa garam (*akak guna yg bergaram) - cairkan dan biar sejuk
- 3 biji pisang ranum (454 gm), dilecek (sukatan lbhkurang 1 1/2 cawan)
- 1 sk. esen vanila
- Preheat oven dengan suhu 180 C dan letakkan rak di tengah2 oven. Gris dan taburkan tepung dalam loaf pan saiz 9 x 5 x 3 in (23 x 13 x 8 cm), ketepikan.
- Bakar kekacang walnut/pecan dalam oven lebihkurang 8 - 10 mnt hingga garing sikit. Sejukkan dan cincang kasar.
- Dalam bekas besar, gaulkan tepung, serbuk koko, gula, baking powder, soda bikarbonat dan garam (akak ayakkan bersama tepung, serbuk koko, baking powder, soda n garam dulu, pastu baru gaul rata gula dengan whisk)
- Dalam bekas kecil, campurkan pisang lecek, telor, mentega cair dan esen vanila, kacau sebati.
- Kemudian masukkan bahan basah ke dalam bahan kering tadi dan gaul sehingga agak sebati sahaja, cukup dan adunan agak berat dan melekit. (jangan digaul adun terlalu lama).
- Masukkan chips dan kekacang walnut/pecan tadi. Gaul rata sahaja cukup.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tabur sedikit gula perang (jika suka).
- Bakar pada selama 55 - 65 minit atau sehingga diuji dengan lidi/tester, ianya keluar bersih. (Dengan oven akak, hanya dibakar pd suhu 175 C, selama 50 minit sahaja)
- Keluarkan dari oven dan sejukkan...hidangkan ketika masih suam....memang sedap untuk sarapan atau minum petang.

Sunday, January 23, 2011
Bingka Beras Marble BermukaTalam..haha


Resepi: Aneka Talam dan Lapis Chef Hanieliza
Diubahsuai : Ummi @ Home Sweet Home
Bahan: (akak buat 1 1/2x ganda dr bahan di bawah)
- 1 cawan tepung beras
- 3 cawan santan pekat
- 1/2 cawan gula pasir (akak kurangkan sikit)
- 1 sudu teh garam
- Campurkan semua bahan, kacau sebati dan tapiskan.
- Masukkan ke dalam periuk dan kacau atas api perlahan, hingga tepung likat berkilat dan masak (tepung akan meletup2 sikit).
- Angkat dan tuangkan ke dalam loyang (akak sapu sedikit minyak) dan ratakan.
- Bakar dalam oven dengan suhu 190 C selama 30 minit/hingga berkerak sikit)
Labels:
Kuih
Saturday, January 22, 2011
Mihun Masam Manis


Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:-
- 1 paket mihun (*ummi guna cap Terung) - rendam dan toskan
- 1 ikat sawi - kerat 2 inci (kali ni x letak, tambah karot lak)
- 1/4 biji kobis - dihiris
- 200 gm daging - dihiris nipis (kali ni akak guna sotong n udang)
- 2 camca besar cili kisar
- 4 ulas bawang merah - ditumbuk
- 3 ulas bawang putih - ditumbuk
- 1 camca besar udang kering - rendam air panas dan tumbuk
- 1 paket fishball - belah dua (optional) - kali ni x letak pun
- 1/4 cawan air asam jawa
- 4 camca besar sos cili
- 1 camca besar sos tomato
- 2 camca besar sos tiram
- 2 camca besar kicap cair
- 1 - 2 camca besar kicap pekat
- 3/4 cawan air (cukup untuk melembutkan mihun)
- 1 camca besar gula
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis
- Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan kacau hingga agak garing dan wangi. Masukkan pula cili kisar dan kacau hingga pecah minyak.
- Masukkan daging dan sedikit air. Biar daging empuk.
- Masukkan semua sos dan kicap serta fish ball, kacau lagi.
- Masukkan air asam jawa dan tambah air lagi.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan sayur-sayur dan mihun. Kacau balik hingga rata.
- Bila mihun telah lembut, tutup api dan hidangkan bersama telor dadar, cili merah potong dan daun bawang yang dihiris halus.

Labels:
mee
Subscribe to:
Posts (Atom)