Sunday, February 7, 2010

Serunding Daging Basah

Pernah dengar ke serunding basah? Hehee...selalunya orang masak serunding mesti kering-kering camtu kan...Ha, kalau nak tau, ni recycle cooking dari akak tau....Ari tu pergi Alor Star beli serunding daging ni, pastu kan macam xda orang nak makan sangat bila tengok kering gitu kan...nak buat pulut panggang inti serunding, xda daun pisang la pulak...nak makan dengan nasi impit pun x kering x basah camni, mmg Aiman n hubby x layan laa..kecuali dgn kuah kacang..hehe..So pagi semalam akak masak pulut kuning yang bertukar jadi PULUT OREN (dapat serbuk kunyit oren la pulak) hehee...Akak masak bahan2 macam nak buat rendang tuh...then masa kuah dah pekat tu, akak tuang la separuh paket serunding kering ni, kacau-kacau balik sekejap...ha, bukan nak kata apa laaa..memang sedap, memang bestttt makan dengan pulut, bahan pun meresap je celah2 carikan daging tuh....kalau x caya, try lerr...so xyah susah-susah siang daging n masak lama-lama sangat tunggu daging empuk bagaiii...Meh layan...Pepandai la adjust rasa eh..

SERUNDING DAGING BASAH

Bahan (1 mangkuk seperti gambar):-
  • 1/2 paket serunding daging kering (yang kita duk beli tu lerr..)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 6 ulas bawang merah #
  • 2 ulas bawang putih #
  • 1 cm halia #
  • 1 batang serai (di ambil bahagian putih) #
  • 1/2 cm lengkuas # (# - dikisar basah)
  • 2 sudu kecil biji ketumbar *
  • 1/2 sudu kecil jintan putih*
  • 1 sudu kecil jintan manis *
  • 1 sudu kecil lada hitam* (* - disangai dan kisar kering)
  • 2 sudu besar rempah kari daging - dibancuh dgn sedikit air
  • 3/4 cawan santan
  • gula melaka/gula kabung secukup rasa
  • 1 keping kecil asam gelugur - x letak pn xpa
  • garam secukup rasa
  • 3 sb. minyak untuk menumis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar basah dan cili kering kisar dengan api sederhana. Kacau sebentar hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari dan bahan kisar kering. Kacau hingga naik minyak.
  3. Masukkan santan, garam dan gula melaka dan masak dengan api perlahan hingga agak pekat. Seimbangkan rasa.
  4. Masukkan serunding daging dan kacau balik hingga bahan bersalut dengan daging dan kuah sedang2 elok pekat sahaja.
  5. Tutup api dan bolehlah dimakan dengan pulut putih or kuning or orenggggg...hehe
Amacam??? Xnak try...?

4 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

A very good idea! Insya Allah kak nab akan cuba.

hazeleyed lady said...

Ass-Salam
Halalkan kak hazel copy recipe ek...
InsyaAllah nanti cuba...TQ

MamaFaMi said...

Petang tadi, kita gi dating dengan abang kita. Kita gi Bangi, sempatlah kita beli sepeket 100g serunding daging. Kalau rajin, kita trylah Ummi punya lauk ni, kalau tak, kita makan gitu jer la.. ahaks...

Ummi said...

Hajah Zainab -
Silalah cuba ya..senang je pun..hehe

Hazeleyed Lady -
Aduiih tergeliat lidah nk sebut nama Haze ni..hehe..silakan copy, try jgn x try tau..hehe

MamaFaMi -
Huk alooo..komain dia dating dgn cik abang ke mana la agaknya tuh..hehe..Alah, kalau serunding tu dh sedap, makan gitu je ler Ma, Ma kan sibuk membaking, xyah susah2..hehe