Wednesday, February 10, 2010

Tauhu Kukus

Lagi satu menu dinner semalam...so simple...tu pasal akak buat..hehe..Resepi Chef Harun ceduk dari majalah SAJI bulan Januari thn ni...Aiman suka ni...
Bahan:-
  • 2 keping tauhu lembut
  • 1 sudu besar udang kering - dibasuh dan cincang
  • 2 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 sudu besar sos tiram (*akak letak 2 sudu besar)
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh kicap cair - akak tambah lebih sikit
  • 5 sudu besar minyak masak
  • Bawang goreng secukupnya
  • cili merah dicincang halus
  • sedikit daun bawang yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-

  1. Letakkan tauhu di atas pinggan tahan panas/caserol dan kukus selama 7 minit.
  2. Keluarkan tauhu dan buang airnya. (*akak just erengkan bekas dan tuang air perlahan-lahan). Sapukan dengan sos tiram dan sejukkan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan udang kering hingga kekuningan.
  4. Angkat dan tuangkan di atas tauhu tadi perlahan-lahan.
  5. Bancuhkan sekali minyak bijan, kicap cair dan 1 sudu besar minyak lebihan tumisan tadi. Tabur daun bawang, cili dan bawang goreng. Hidangkan.

6 comments:

a2b said...

ereng tu amende? x pham koi..

sakurasa 2 said...

hehe ereng tu mengereng kot....
tahu kukus ni pasti sedapppp

ummi said...

a2b -
Huk alooo..tau la k.Dila org KL..heheee..ereng tu cam mengereng, yeap..xpun sengetkan..cam gitu ler..

Sakura2 -
Betuiii, betuii, betuiii..ni mst org kampung cam akak gak nih..hehe

♥LOVE2COOK♥ said...

Wow, tauhu kukus looks really tempting and delicious!

I think KakDayang has posted a recipe similar to this b4...and I've tried her version! Yummy yummy...

Wanna do again! hihi ;)

ijan said...

Cantiknye tauhu kukus akak... ada macam kek pulak cikit2.hehehe

azura said...

Tauhu kukus ni mmg sedap.. :) tengok cara hiasan pun dah teruja nak cuba resepi ni..