Tuesday, February 2, 2010

Kuih Seri Muka Pelangi


Dah lama rasanya x buat kuih2 tradisional camni...asyik baking kek, roti je eh...tekak rindu nk makan kuih seri muka....jadi akak pun merajinkan diri ler buat kuih ni malam semalam...pastu wat breakfast la pagi tadi....Tapi kan, akak tibai santan kotak jek, kak Liza kata guna santan kotak cap Ayam tu ok...boleh tahan laa...tp kalu nak ori lg nampak berminyak, perah-perah la santan yaa...hehee...Resepi dari buku Aneka Talam dan Kuih Lapis yang dihadiah oleh Kak Liza (Chef Hanieliza) semasa pertemuan dengan akak tahun lepas....tp kan, Kak Liza wat 4 lapisan warna, akak wat 3 warna je sbb guna loyang besar sikit, nampak cam tak cukup jek kalau buat 4 lapisan, so layaaan la yaaa...merah, kuning, hijau...ngeeee...Thanks kak Liza, byk lg x try tuh..hehe..
KUIH SERI MUKA PELANGI
Bahan:- (akak guna loose pan saiz 8 inci)

Lapisan Bawah:-

  • 2 1/2 cawan santan cair
  • 2 cawan pulut - dibasuh dan direndam 3 jam
  • 1 sudu teh garam

Lapisan Atas:-

  • 2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan tepung kastad
  • 1/2 cawan etpung gadnum
  • 1 biji telor
  • 3 sudu makan gula pasir
  • sedikit garam
  • (beberapa titis pewarna kuning, hijau, merah dan coklat paste)
Cara-Cara:-
  1. Lapisan Bawah :- Masukkan semua bahan lapisan bawah dalam loyang dan kukuskan.
  2. Apabila telah masak, angkat dari kukusan dan mampatkan pulut dengan menekan2 pulut (akak gunakan penekan kek lapis dialas dengan plastic bag). Biar betul2 padat.
  3. Lapisan Atas:- Bancuhkan kesemua bahan lapisan atas kecuali pewarna. Kacau sebati dan tapiskan.
  4. Bahagikan adunan lapisan pelangi (atas) kepada 4 mangkuk. (*akak bahagi 3 sahaja - lebihkurang 1 cawan setiap 3 bahagian).
  5. Masukkan setiap mangkuk dengan beberapa titis pewarna kuning, hijau, merah dan coklat berasingan, kacau masing2 hingga sebati.
  6. Letakkan semula loyang berisi pulut tadi di atas kukusan. Lapiskan dengan lapisan hijau dan kukus selama 10 minit.
  7. Buat lapisan seterusnya hingga habis. Kukus setiap kali selama 10 - 15 minit. (*untuk lapisan terakhir akak kukus lebih lama lebihkurang 20 - 25 minit).
  8. Angkat dan biarkan sejuk pada suhu bilik sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dipotong.
  9. Hidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.

senang nak keluarkan bila gunakan loyang "loose" camni..hehe, tp pastikan yang jenis kedap camni (non-stick baking pan), nnt keluar lak santan masa kukus pulut...

9 comments:

ain said...

cantiknyaaa!!!! suka tengok org yg rajin mempelbagaikan resipi!!!

kak ina kl said...

salam ummiii...alahaiiiii cantikkkkknnyaaaa..terpegun tau tenguk warna warni..macam nak mintak sikit ajer..

Watierman, rmanbkr said...

Cantiknya..sayang pulak nak makan!

hanieliza said...

fuh..nampak sodap la ummi...
boleh juga dinamakan serimuka traffic light..
wakakakkaka..
minta sikit bolehhhh...

fuzidss said...

teruja .. bila laa nak start buat ni. Thanks kak umi. Dikau sumber inspirasi ya

Ijan said...

Salam Kak Ummi,
Cantiknye seri muka kalerful gini... nak makan pun sayang... hehhee..
psst, kak ummi, kite dah try daging prune... mekacihh ye kak ummi share resipi :)

MamaFaMi said...

Sini mari, satu pinggan...eh... satu loyang!

K.Nor said...

nor sokong k.liza! serimuka traffic light!! hehehe.... takkan dah abis kut.. meh la sket.. tak leh banyak 1/2 loyang pun jadi.. :)

Sue @ Nenie said...

Salam kak..
Canteekkkkk ... mesti budak² pun tak sabar nak ngap ni