Bahan-Bahannya :-) (akak buat half dr bahan ni)
- 4 keping bahagian dada ayam dengan kepak2nya sekali
- 1/3 cawan rempah kari
- 200 ml pati santan
- 1 inci halia*
- 4 ulas bawang putih*
- 1 ketul kiub ayam "MAGGI"*(*tumbuk halus)
- 1 camca besar serbuk cili
- 2 biji limau nipis, perah jusnya
- 3/4 camca besar gula
- 1 camca teh garam
Cara membuatnya :-)
- Ayam dibuang kulit dan lemak, cuci bersih, perap dengan garam dan jus lemon selama 15 minit, cuci kembali toskan dan kelar2. Ketepikan.
- Satukan rempah kari, serbuk cili, bahan tumbuk, gula, jus limau nipis, santan dan garam. Kacau hingga menjadi pes. Gaul bersama ayam tadi dan perap sekurang2nya 3 jam.
- Masukkan ayam tadi bersama2 bahan perap ke dalam kuali, masak dengan api perlahan sehingga bahan2 perap kering dan bersalut pada ayam. Angkat dan sejukkan.
- Panaskan minyak untuk goreng terendam. Biar minyak betul2 panas, masukkan ayam tadi dan goreng hingga senyap (tak de bunyi desiran lagi), angkat dan toskan.
- Panaskan kembali minyak tadi dan goreng kembali ayam tadi hingga kuning keemasan, guna api sederhana untuk kali ini....(pada mat goreng macam biasa pun ok!!!) - Akak goreng sekali je selepas masak dalam kuali tu...
6 comments:
Cantiknya kaler dia..Macam menggoda nak wat juga nih..
sedapnya inche kabin tuuuu!!!!
wah.. nampak menyelerakan... ;-)
sedapnyer!!!!
akak, boleh tanya? cantiklah koleksi pinggan mangkuk akak yg putih tu..beli kat mana dan mahal tak? saya baru pandai dan berjinak2 dgn dapur ni..hehehe
Sue@Nenie -
Sila la try, ala-ala ayam berempah gitu..tp terasa lg lemak diperap camtu.
Ain -
Tengok je sedap ke Ain..kena try n rasa dulu..hehe
Wan Nor -
Nak buat pun senang tu..hehe
Nor -
Alah buat je Nor, mesti menjilat jari..hehe
Anonymous -
Owh pinggan2 tuh..hehe..byk tempat akak beli, ada order dr blogger Jepun, ada beli di At Home, Eastern Mall Ampang, ada beli kat SSF..bole la survey2 n beli..hehe
Post a Comment