Tuesday, February 9, 2010

Escabeche (Ikan Goreng Acar)

Lauk dinner tadi...mulanya malas je nak masak sebab x terfikir langsung nak masak apa. Ada 2 keping besar gak ikan tenggiri dalam fridge...sayang x masak, lama-lama nnt x sedap la kan. Last2 try ronda kat dapur Jun dan ternampak masakan ni...senang sangat pulak tengok.....resepi Chef Wan ni kan Jun..masakan Spain ni...tp ada sikit2 macam acar ikan or ikan masak cuka gitu...tenggiri pun tenggiri laa, lenkali leh guna kerapu or senangin...tapi akak masak sekeping ikan tenggiri je nnt x habis lak masak byk2, pepandai la adjust eh...memang membuka selera..layaaann...C n P je ya Jun, thanks!
Bahan:-
  • 1 ekor ikan senangin (jun guna kerapu)-perap ngan garam n jus lemon selama 20 min
  • 2 ulas bawang putih-cincang
  • 2 ulas bawang merah-hiris halus
  • 1 cm halia-hiris panjang2
  • 1 biji bawang besar-potong bulat
  • 1 batang lobak merah-potong panjang
  • 60ml cuka
  • 60ml air
  • 55gm gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu teh tepung jagung bancuh ngan 2 sudu besar air
  • 1 biji cili merah - dihiris menyerong (*ni akak tambah je)

Cara Memasak:-

  1. Goreng ikan tadi hingga kuning keemasan, angkat, toskan n letak atas pinggan hidangan.
  2. Dalam kuali yang sama, tinggalkan 1 sudu besar minyak, tumis bawang putih, bawang merah, halia. kacau.
  3. Masukkan bawang besar dan lobak merah, goreng selama 2 minit.
  4. Masukkan cuka, air, gula, garam, kicap pekat dan kicap cair. Didihkan.
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung dan renih hingga kuah pekat.
  6. Tuang keatas ikan tadi dan hidangkan.


4 comments:

Aida Rezuan said...

Salam kenal, Ummi.

Thanks share resipi nih. Barang2 nye macam senang nak carik, so buleh la try nanti. :)

*Suka belek2 gambo and resipi kat blog Ummi nih :D

Uncle Lee said...

Hello Ummi, Holy Smoke! Hari ni terok la saya. Dua blog saya visit, macham kena torture! Ha ha. Was at Watie's place, ikan goreng. Datang sini Ikan acar.

Looks very sedap tu, Ummi. Ini tentu tiga pingan lichin, ha ha. Ada sambal Kuantan?
Saya ta'pernah makan this ikan acar.
I love your generous sprinkling of bawang and the chili merah....sikit pedas tu la sedap kan?
Anymore left? Ha ha.
Havea nice day, stay young, Lee.

ain said...

sukalah resipi ni!!! kat umah ada ikan merah. boleh la esok lunch msk lauk ni. tq kak!!

ijan said...

akak masak banyak pun takpe lain kali. kalau takut tak habes, panggil kite taw! kite datang anak beranak.hehee