Sunday, February 21, 2010

Roti Jala Pandan

Salam hujung minggu....bz betul akak ni, semalam x sempat langsung nak upload entry, bz mengemas, mengemop, memvacum segala laaa haiii..beselah kan, kalau hari kerja pandang rumah nampak lorong je ler, kiri kanan ntah apa2 hehee...tapi lagi bz bila anak2 ada balik, nak menunaikan macam2 permintaan gak laaa...Sorilah, ni masakan hari Jumaat pagi tu lagi dah...akak cuti hari tu saja nak duk rumah dengan anak-anak...igtkan boleh la letak entry, rupanya lg bz...So xyah mintak la roti jala ni yaa..cuci mata jek...Pagi Jumaat tu tengok kari ayam ada lagi belen, so akak wat roti jala ni...Kali ni akak try resepi dari Herdawaty Abu Othman @ MyR tu pulak cuma letak je pandan paste utk rasa kelainan...Tapi satu je nak kabor, acuan jala mmg dah tersumbat 2 lubang sejak dr mula beli dulu, kecik bebenor lubangnya tp wat tak tau jek, so kirai2 pun x lawa mana, nak kena pi cari yang lain laa...Adunan ni sangat sedap, makan camtu pun je best...C n P je la kat sini..time kasih pd tuan punya resepi..


ROTI JALA (PERISA PANDAN):

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang ):-
  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 camb minyak masak
  • 1 camt garam
  • sedikit pewarna kuning (*akak tukar kaler daaa...)
  • 1 biji telur
  • 2 1/2 cawan air/santan/ susu segar - *Note: adunan nampak agak pekat so akak tambah jadi 3 1/2 cawan dan adjust camni: (2 cawan susu segar+1 1/2 cawan air)
  • beberapa titis pandan paste + sedikit pewarna hijau (*ni akak tambah)

Cara-cara :-

  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. (Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.)
  2. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
  3. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah dal atau kari ayam.

# Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.

2 comments:

ijan said...

gulai ayam.. huhuhu.. rindu kat ayam la... stok tak datang2 nie... kena g beli ayam pencen la ni gamaknye.hehe..

MakSuSuE said...

salam kenal kak..sy dh cuba resepi ni..memang best..open house nnti boleh la jadi menu sampingan.
http://yukmasakmasak.blogspot.com/2011/03/roti-jala-roti-kirai.html