Saturday, February 13, 2010

Ikan Goreng ala Love


Ni ada sekeping ikan tenggiri akak nak habiskan sebelum bercuti ni...x tau nk masak apa, alang-alang je kan...nak goreng biasa, dah biasa sangat la pulak..hehee..Last2 terserempak dengan ikan goreng kat rumah Love ni...wpun sempoi, tp kadang2 cam x terpikir dah nak masak camne kan..So akak namakan ikan goreng ala Love la yaaa...thanks Love, sedap...cuma adunan akak terpekat sikit kot, cam bersalut lak, kurang kerak2 yang sepah2 tuh..hehe..C n P je ya Love..thanks, muaaahhh


Bahan2 :~
  • 4 ketul isi Ikan Tenggiri (blocks)
  • 2 sb pes halia + bawang putih
  • 1 sb serbuk cili
  • 1 sb serbuk kari ikan
  • 1/2 sk serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • 1/2 sb biji jintan putih ~ disangai dan dikisar
  • 1/3 sb biji lada hitam ~ disangai dan dikisar
  • 1 biji telur (yang kecik)
  • 1-2 sb tepung beras
  • daun kari
  • minyak masak

Cara-Cara :~

  1. Bersihkan ikan, perap dgn garam sebentar untuk menghilangkan bau. Kemudian cuci dan toskan airnya. Pastikan ikan betul2 kering.
  2. Masukkan kesemua bahan di atas (ikut turutan) kecuali minyak dan daun kari dlm sebuah mangkuk. Gaul sebati. Masukkan ikan dan biarkan perap selama 1 jam.
  3. Panaskan minyak dlm kuali dan gorengkan ikan hingga masak. Taburkan daun kari ketika menggoreng.
  4. Dah goreng, angkat dan toskan minyak. Sedia dihidang!
Lauk malam khamis daa...hehe

1 comment:

♥LOVE2COOK♥ said...

Owh my KakUmmi, I'm truly touched with Ur thoughts! Ur fish is looking seriously delicious than mine! kekeke ;)

Aiks, lauk malam khamis erk...thought wanna ask for tapau! All those dishes there! hehehe ;)

Thanks alot kak! :)