Monday, February 22, 2010

Ayam Percik (Match-Making Recipe)

Ha alaaah, ingat orang je ke boleh match-making, resepi pun lg best kalu match making..hehe...Baru ni akak buat ayam percik untuk makan dengan nasi kebuli tu ha...Weee sedap la aiihhh, kombinasi resepi dari Sajiemas MyR dengan resepi dari buku Kak Liza jugak...so akak letak belaka dari resepi Sajiemas dan tambah air asam jawa + halba ceduk dari resepi k.Liza...bestt!! So akak C n P resepi Sajiemas dan perturunkan resepi k.Liza sekali kat sini ok...Tapi maaflah ya, Ummi pandai2 je adjust ikut citarasa Ummi. Kalau ikut sepenuhnya resepi Sajiemas, ayam akan jadi kemerahan seperti di pasar malam tu ler kot...hehe. Next time kalau untuk ratah ayam jek, akak rasa resepi Sajiemas boleh ditry, kita cucuk kat batang buluh cam kat Pasar Malam tuh..hehe (*mana nk cari buluh ntah). Akak simpan sikit kuahnya untuk basah2kan nasi...hehe

AYAM PERCIK PASAR MALAM (Sajiemas,MyR)

Bahan:-
  • 2 ekor ayam
  • 500 gm bawang besar
  • 50 gm halia - diblender
  • 50 gm lengkuas - diblender
  • 50 gm bawang putih - diblender
  • 5 batang serai - diblender
  • 2 cawan gula
  • 3 sudu stok ayam serbuk (*akak x letak ni)
  • 5 senduk cili mesin
  • 5 senduk cili sos
  • 1/2 kg santan

Cara-Cara:-

  1. Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih.
  2. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak.
  3. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti.
  4. Bakar dan siap untuk menjamu selera.
AYAM PERCIK (Resepi dari Kak Liza)

Bahan A:-
  • 1 ekor ayam dipotong 4 bahagian
  • 3 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan air asam jawa (akak letak 1/4 cawan jek)
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar halba
  • garam secukup rasa

Bahan B:-

  • 15 tangkai cili kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 5 batang serai

Cara-Cara:-

  1. Bersihkan ayam dan toskan. Gaul dengan garam.
  2. Masukkan ayam di dalam kuali bersama bahan yang dikisar, santan, halba dan asam jawa dan masak hingga 3/4 masak atau hingga kuahnya agak pekat. Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
  3. Keluarkan ayam dan letak di atas pemanggang sambil disiram kuah tadi dan bakar ayam hingga nampak garing.
Akak bakar atas pemanggang Graes ni je la sejak berkurun lama..xda dapur arang ler..hehe, kalau ada pun x kuasa nak bakar arang kot..

5 comments:

ain said...

mak aii kak ummi!!!! terliur dah sy ni mlm2 buta tengok ayam percik akak! betul2 terliur!!!

MamaFaMi said...

Mak ai, terujanya.... teruja nak makan!

TopsyTurvy Mum said...

terliur sungguh! melelh2 dah ni...:)
cam best je pemanggang tu kak ummi..mana nak cari eh?

NurulAzriKhalisah said...

aduyai pg2 tgk ayam percik kak ummi...
meleleh dah air liur ni. haish kalau la duk berjiran ni, confirm hari2 dtg bwk mangkuk tingkat segala...
hehehe

Uncle Lee said...

Hello Ummi, wow! Ayam percik! The last time I ate this was in 1984 in Kota Baru.
I love this, as well ikan percik.
I was hoping one day you will cook this dish.
Ummi, you are a fantastic woman and cook.
I think I can habis kan dua pingan no problemos, ha ha.

Hmmmm, I think bila saya balek kampong must give big hint nak makan home cooked ayam percik, *wink*.
Ha ha.
You have fun, Ummi....and stay beautiful, best regards, Lee.
Bulan da naik ke Telok Chimpedak? Ha ha. L.