Wednesday, February 3, 2010

Lof Daging (Meat Loaf)

Dah lama akak simpan resepi ni, walaupun ringkas dan senang sangat nak buat tp asyik terlupa jek...kertas dah berapa kali kejap duk atas, kejap ke belakang..hehe...Masa teringat nk buat, daging cincang lak xda, masa daging cincang ada, x teringat la pulak...hadoiiii...So malam tadi dah siap makan semua, akak pun adun la kejap bahannya....alah, sempoi sungguh...Thanks to Chef Norzailinayang berkongsi resepi lof daging yang sedap ni...Akak bakar sebelah malam, paginya akak just potong dan selit je celah burger bun, letak salad, tomato, timun, sos n mayonis buat bekal Aiman ke sekolah....sonaaang kije...nak makan camtu jek pun sedap...cuma akak punya ni kurang daging n breadcrumbs sikit...pepandai la adjust eh, tp no harm..still sedap...Jom salin resepi, xnak salin main congak pun ok gak..sempoi jek..hehe
Bahan:-
  • 500 gm daging kisar (akak guna Ramly brand paket 400 gm je)
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • 1 biji telor
  • 60 gm serbuk roti (breadcrumbs)
  • 1 cawan sos piza dalam botol (akak guna jenama Ina Parmaan's - Tomato Pesto)
  • 60 gm keju cheddar - diparut (akak guna je slice cheese, potong n atur)
  • serbuk lada hitam (akak guna 1 sb. sos lada hitam Life)
  • garam secukupnya

Cara-Cara:-

  1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk.
  2. Tambah serbuk lada hitam dan sedikit garam.
  3. Ratakan separuh daging di dalam tin lof ukuran 11 x 21 cm (akak guna 7 x 3 in - x perlu alas loyang.)
  4. Taburkan cheese atas daging (akak susun je slice cheese). Kemudian letak baki daging tadi dan ratakan.
  5. Bakar apda suhu 180 C selama 40 minit. (*akak kasi garing sikit..hehe)
  6. Keluarkan dari oven bila cecair erbit dan biar selama 10 minit.
  7. Bila sejuk, boleh dipotong untuk dibuat sandwich atau dimakan dengan salad kentang. Best jugak jika dibawa berkelah ni... ^_^

6 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ummi..
Berkenan gak ngan resipi ni..tapi biasalah....bila dah ambik resipi, selalu ingat² lupa nak buatnyaaa

ain said...

sedap!!! nak buat pun senang!!! masuk listtttt!!!hehe

Watierman, rmanbkr said...

hrmmm dah berzaman-zaman tak makan meat loaf.....nostalgianya!!Bilalah nak buat ni pulak????

cikmanggis said...

hmmm boleh cuba ni ,tak rumit sangat

CT Delima said...

Stok daging kisar ada banyak tu...k.ummi ct amik resepi ya. Tq muahh!

Eija said...

akak...tq utk resipi nih...penat menjelajah dr satu blog ke satu blog tak jupe resipi...rasa ari tuh ada salin tp tak tau letak mana resipi...thanx sekali lg...hehehe