Thursday, April 30, 2009

Agar-Agar Roti

Cuaca panas ni, meh sejuk-sejukkan tekak dengan agar2 roti ni...Resepi adinda tercinta, Hana yang duk loya2 kat Japan tuh, hehee..jangan marah akak ngusik eh..ntah lah byk sangat pulak roti kat rumah ni cam x luak jek! Byk makan buah2 je musim panas ni...pastu layan dessert camni mmg kencang laa...Sedap la Hana weiii..time kaciihh bebanyak..akak x anto laporan ke MyR la ya..maleehh..hehe
Bahan:-
  • 4 keping roti putih
  • 2 biji telor
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair (170 ml) - *akak guna fresh milk
  • 8 gm serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula - boleh kurangkan kalu x suka manis sgt
  • 2 sudu besar butter (cairkan)
  • 3 1/2 cawan air
Cara Membuat:-
  1. Dalam periuk, didihkan air, serbuk agar-agar dan gula hingga larut. Tutup api.
  2. Sementara itu, blend roti, telor, susu pekat manis dan susu cair.
  3. Masukkan adunan ke dalam periuk agar-agar tadi. Kacau sebati.
  4. Masukkan butter dan kacau sampai agak-agak pekat.
  5. Tuangkan ke dalam acuan pilihan. Letakkan pewarna dan lorekkan. (*akak letak Hershey's Syrup).
  6. Sejukkan dalam fridge.

4 comments:

ain said...

boleh try ni. nmpak mcm senanggg nk buat!

eyda said...

Cam sedap je, nak try la...saya sebenarnye ade penyakit, penyakit tak pandai buat pudding, asal buat puding jek tak jadi, keras la, lembik la, ngok kan saya. Kalau buat cake ke, biskut ke okay je pulak. Puding yg senang tu boleh tak pandai buat. hehehehe..

before this saya try buat puding lychee dangdut ummi, pasni try this one plak..

wani said...

serbuk agar2 brand apa yg terbaik? nak singgah alamanda nih balik nanti

FaMmyLa said...

saye dah try..tapi pakai strawberry syrup..sgt sedap!!