Wednesday, April 22, 2009

Daging Hitam Manis - Resepi II

Dulu dah penah wat daging hitam manis camni tapi resepi Maklang...Kali ni Ummi try dari Sofinar@MyR tu pulak..pun sedap jugak leee....Meh layan..

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 500g daging - dihiris nipis
  • 1camca teh serbuk kunyit
  • garam
  • 200ml minyak masak
  • 7 bj bwg merah *
  • 5 ulas bwg putih *
  • 1/2 cwn kicap pekat
  • 1/4 cawan cuka
  • sedikit gula
  • 3 sudu teh lada hitam -ditumbuk
  • 2 labu bawang besar- potong dadu
  • 3 bj cili hijau dan 3 bj cili merah
  • * ditumbuk bersama
  • 60g halia*
Cara-cara
  1. Perap daging dengan kunyit dan garam lehih kurang 15 minit
  2. Goreng daging kira-kira 5 minit
  3. masukkan bahan yang ditumbuk bersama2 tadi dan masak hingga masak
  4. bila daging dah masak masukkan kicap, cuka, gula dan lada hitam. biarkan masak
  5. akhir sekali masukkan bawang besar, cili hijau dan cili merah. Taraa siaplah. boleh dimakan.

6 comments:

ain said...

terliur dh ni kak ummi. boleh tak cuka tu ganti ngan air limau ke, asam ke??

ummi said...

Ain - Hehe..terliur eh..rasanya boleh jugak la tukar cuka dgn air limau nipis gitu..apasaiii, alergic cuka ke? :D

BabyBooned said...

kak umi, ini takde kena-mengena dgn daging ni actually.. i just want to thank you for the pizza recipe u put on a few weeks ago. i made it yesterday and it was SUPERB!!!! dan sungguh senang! thank you so much kak umi!! keep the great recipes coming!!

p/s: i nak ambik gambar pizza tu pun tak sempat coz dah kena sambar. hehehe

Aishah@Ariffin@Aqil said...

salam akak...
sedapnye menu nih...yg kicap2 nih mmg tak leh nak tolak....

ummi said...

Babybooned - Oh thanks for tying..hope you're satisfied with it..tot of seeing the outcome..hehe..finished already, hah??

Aishah - wkumsalam..ya lah Aishah, kat rumah ni pun..duk kata sedapnya, sedapnya..next time kalu malas2 tu better masak je yg ni..dari buat yang complicated, tp lambat nak licin..kan? Hehe..

ummi said...

Babybooned - Oops! slip of my fingers..hehe... tying = trying!