Wednesday, April 8, 2009

Opor Ayam Merah

Balik kerja petang semalam, Ummi masak ayam ni untuk dinner, nak makan dengan nasi minyak puteri saadong tu..hehe..Ada tragedi sebenarnya semasa nak masak lauk ni..Blender wat hal...Uwaaa...kena menumbuk...Xpalah, nnt kita citer pasal ni eh..kalau Ummi tak masak lagi nasi minyak tu..harus Ummi stop je masak ayam ni..tp nasi dah masak dah dlm rice cooker tu..kena la ada lauk kan...huhuuu...
Resepi dari dapur Noreen tu...Thanks Noreen, memang sedap walaupun cerewet sikit nak sediakan, maklumlah nak kena buat bawang goreng dulu la pulak..hehe..nasib Najiha tolong kupas bawang...Ni kalau makan dengan pulut kuning pun sedap ni...kalau ada lebih lagi..nampaknya Ummi masak pulut pulak laa..hehe..mudah kerja akak kan...Balik tengahari ni Ummi panaskan pun makin sedap lah..kira bahan dah mesra-mesra alam gitu..haha
Bahan:- ( 1 family 5 - 6 orang)
  • 1 ekor ayam - dibuang kulit dan segala lemaknya, dipotong 8
  • 1 sudu makan kerisek (ummi letak 2 sudu besar)
  • 1 cawan bawang goreng - ditumbuk halus
  • 1/2 tin tomato puree (*ummi letak 1 tin saiz kecil sekali)
  • 2 biji tomato - potong dadu
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 1/2 biji kelapa - ambil 1 - 2 cawan santan (*ummi guna santan kotak Ayam Brand tu - kak Liza yang recommend guna brand ni kalau malas nak perah santan atau nak cepat kerja..hehe)
  • sedikit minyak untuk menumis
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan Dikisar Halus:-

  • 10 tangkai cili kering (*ummi letak 15 tangkai)
  • 3 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 8 hiris halia (*ummi letak 1 inci)
  • 3 hiris lengkuas (*ummi letak 1 cm)
  • 5 biji bawang merah
Cara Memasak:-
  1. Gaul rata ayam dengan rempah kisar, perap sebentar.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang hiris sehingga kuning.
  3. Masukkan ayam yang bergaul rempah, balik-balikkan sebentar.
  4. Masukkan pula bawang goreng yang telah ditumbuk halus dan gaul hingga rata.
  5. Masukkan pula tomato puree, tomato dadu dan kerisek. Masak hingga kering.
  6. Apabila sudah kering, masukkan pula santan, garam dan gula secukup rasa.
  7. Biarkan sehingga naik minyak dan ayam masak..Balikkan ayam sesekali.
  8. Bila agak pekat, tutup api. Hidangkan dengan sebarang nasi, pulut atau roti..

No comments: