Thursday, April 2, 2009

Baked Spanish Omelette

Buat malam kelmarin ni...Aiman siap bawak bekal ke sekolah..sedap katanya..dia makan dengan sos cili..memang mengenyangkan...Resepi dari cindaibiru@MYR tu..Akak kopipes je laa...

Bahan-bahan:- (Ummi guna tray muffin - 9 ketul)
  • 4 biji telur
  • 150ml susu segar
  • 100g garden peas / brokoli
  • 1 biji bawang besar (Dadu)
  • 2 biji kentang saiz sederhana (Dadu)
  • 2 sdb olive oil
  • 1 ulas bawang putih (Cincang)
  • 5 keping hirisan tomato
  • Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

Cara-Cara:-

  1. Naikkan suhu oven 180'C. Sapu butter pd tin pembakar dan ketepikan.
  2. Panaskan olive oil, tumis bawang besar dan kentang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan gaul hingga kentang lembut.
  4. Masukkan peas atau brokoli dan tutup api. Gaul hingga rata. Masukkan ke dalam tin pembakar. Ketepikan.
  5. Dalam mangkuk lain, pukul telur dgn garpu sekejap, masukkan garam dan serbuk lada hitam, pukul lagi.
  6. Masukkan susu segar, pukul hingga sebati. Tuang ke dalam tin pembakar.
  7. Atur hirisan tomato di atasnya.
  8. Bakar selama 45 minit, 180'C atau hingga masak.

2 comments:

Siti @ nurie said...

kak ummi, nampk bestlah kuih ni...tapi mr hubby tak minat yg mcm "ala ala international" nilah...

سيتي هدايه said...

sedapnya kak, na try laa.hehehe