Last week lama duk YM dengan Noreen, borak2 kosong..Noreen recommended me to try out this recipe..She said this cake is really soft and yummy. Yeh, weekend baru ni baru leh try and it turned out very well, so soft walaupun Ummi tersalah letak adunan sepatutnya sukatan senduk masa melapis tu, Ummi guna sudu besar, tu pasai, marble dia x sampai ke tengah..wakaka..X kesah la, janji kek naik cantik..Semalam Najwa balik semula ke kampus after one week study leave dan bawak separuh dari kek ni..Thanks Noreen, just love it!!
Bahan:- (loyang 10 x 7 x3/20 - 23 cm - ummi guna loyang 8" jadi kek naik hampir penuh loyang..haha)
Bahan:- (loyang 10 x 7 x3/20 - 23 cm - ummi guna loyang 8" jadi kek naik hampir penuh loyang..haha)
- 270 gm mentega
- 250 gm gula kastor
- 260 gm tepung gandum
- 1 camt baking powder
- 6 biji telor
- 2 camb. susu pekat manis (condensed milk)
- 1 camb ovalette
- 1 camb air
- 1 camt esen vanila
- 10 gm serbuk koko
- 1 camt chocolate emulco (optional - bagus untuk mendptkan warna lebih gelap)
- Griskan tin kek berukuran 10x7x3 atau 20 - 23 cm springform. Ketepikan.
- Ayakkan tepung bersama dengan baking powder dan ketepikan.
- Satukan mentega, susu, esen vanila dan pukul sehingga gebu dan ringan (apabila diangkat dengan spatula, adunan tidak jatuh). Ketepikan.
- Kemudian dalam bekas lain, satukan telor, ovalette, air, gula, campuran tepung tadi dan pukul sehingga kembang dan rata.
- Masukkan adunan mentega (no. 3) ke dalam adunan no. 4. kacau rata.
- Keluarkan 1/4 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan chocolate emulco. Kacau hingga sebati.
- Masukkan 3 senduk adunan plain ke dalam tin dan 1 senduk adunan cokelat. (*hehe..ummi tersalah baca, letak 3 sb adunan plain diikuti 1 sb adunan cokelat..tu pasaii marble x berapa cukup sampai ke tengah..haha)
- Ulangi sehingga habis adunan.
- Ambil chopstick dan buatkan bentuk marble.
- Kemudian bakar pada suhu 180C selama 45 - 50 minit atau sehingga masak (ikut oven masing-masing).
- Setelah masak, padamkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 minit.
- Selepas itu bolehlah dikeluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk baru dipotong.
Nota: Sedap, lembut dan senang nak buat...
7 comments:
nampak gebu je ih ummi...
sedap la plk tgk kek gebussss nihh...dh 2 minggu oven x berasap nihh...nnt blh try....thanx kak ummi!
betul depa2 kata...sedap dn gebusss.
boleh try dn mesti try.hihi
nampak sedap boleh cuba jugak ni
Ummi,
Cake tinggi nih balut dgn fondant cantik nih....
Salam kak Umi..kek nie mmg best. penah try..kak Umi, walaupun marblenya tak sampai ke atas..tapi cantik corak tu..
Salam kak umi saya dah buat dah kek ni cuma tak begitu gebu n tinggi cam kak umi punya la..tpi saya nak cuba lgi smpi gebu hehehe...tpi rasanya mmg sedap
Post a Comment