Wednesday, April 8, 2009

Nasi Minyak Puteri Saadong

Puteri Santubong xda sini eh..Puteri Saadong punya nasi minyak je ada..hehee..Ni hasil duk selongkar lauk ayam semalam kat dapur Noreen semalam, jadi selongkar jugaklah untuk nasinya kann...Menu dinner malam tadi, Ummi masak banyak gak, 3 cawan beras, so adjust la ya....Ni sebab Aiman nak bawak bekal ke sekolah pagi tadi..Nasi minyak yang sedap walaupun sampai ke pagi n tengahari pun..hehe.. Semalam hubby makan sampai 2 pinggan uihhh....Dia kata makan nasi je pun sedap...ya laaa...betui, betuiii, betuiiiii...Resepi asal dari Rossya..Thanks Noreen..Meh salin bahan asal k..
Bahan:-
  • 5 cawan beras basmathi
  • 5 cawan air
  • 5 sudu makan minyak sapi
  • 5 sudu makan sos tomato
  • 5 sudu makan sos cili
  • 2 biji bawang besar - mayang
  • 2 sudu makan kismis (*ummi letak 1/2 cawan)
  • 2 sudu makan bawang goreng (*ummi tabur 1/2 cawan)
  • 2 helai daun pandan
Bahan Rempah Tumis:-
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak sapi. Tumiskan bahan rempah bersama bawang besar hingga wangi dan bawang layu.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato dan air. Gaul sebati.
  3. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa bersama-sama dengan daun pandan.
  4. Biarkan hingga mendidih, barulah dimasukkan beras. Kacau rata.
  5. Kemudian masaklah seperti masak nasi biasa.
  6. Taburkan kismis dan bawang goreng ke atas nasi apabila nasi telah kering. Gaul perlahan.
  7. Hidangkan dengan lauk kegemaran.

3 comments:

ima said...

salam kak ummi,
sedapnya nasi minyak tu,siap dgn opor ayam merah lagi...ni kalau anak saya tengok mahu disuruh buatkan...saya ni taklah rajin cam kak ummi...

Mat Gebu said...

Nak try jugakkkkk!!!!....kak ummi ni kan rajin sungguh laaa...Tabikj!!

Uncle Lee said...

Hello Ummi, wow! nasi minyak I have eaten, about 25 years ago, ha ha, but nasi minyak puteri saadong?
Never...
Saya dapat the wangi of your this delicious nasi sampai disini...wangi betul tu, ha ha.

Ada lagi? Dua pingan I think boleh, ha ha.
Happy cooking Ummi, best regards and keep well, Lee.