Thursday, April 2, 2009

Vietnamese Spicy Lemongrass Chicken

Ni resepi masak-masak malam kelmarin sebelum deco kek kat bawah tu..hehe..malam tadi tak masak sebab hubby belanja makan2 la sempena anniversary, lagi pun hidung ni x sihat laa..kena selsema pulak..hilang selera nak makan n nak masak pun... Jadi gi Pizza Hut je..ikut tekak anak2..Xpa la ya..layan menu dah lepas ni...Resepi dari Tulip77@MYR tu..
Bahan:-
  • 3 keping isi ayam - potong saiz kecil2..Ummi guna je semua part ayam tu..
  • 3 sb. gula
  • 2 sb. minyak masak
  • 3 sb. sos ikan
  • 3 batang serai - diketuk
  • 1 sb. cuka
  • 1 sb. sos tiram
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • cili merah dan cili hijau - dipotong menyerong

Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan gula dan biarkan sebentar hingga gula bertukar warna agak gelap.
  2. Masukkan ayam dan bawang.
  3. Lepas 5 minit, masukkan serai dan lada. Perlahankan api.
  4. Masukkan bahan-bahan lain dan gaul biar sekata. Jika kering masukkan sedikit air.
  5. Rasa dan adjust apa-apa yang terkurang. Hidang panas2 dengan nasi putih.

No comments: